Alex Rins dan LCR Honda Castrol Memenangi MotoGP Amerika 2023
Alex Rins dan LCR Honda Castrol telah memenangi perlumbaan MotoGP di Grand Prix of The Americas. Ia merupakan kemenangan bersama yang pertama di antara Rins dan pasukan ini, dalam hanya perlumbaan ketiga bersama. Ia juga kemenangan pertama untuk Honda di dalam kelas MotoGP musim 2023.
Rins telah menunjukkan belangnya sejak sesi-sesi latihan pada Jumaat lagi, apabila mencatat masa ketiga terpantas di kalangan pelumba-pelumba yang lain. “Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini. Saya berasa selesa di atas motosikal and saya sukakan litar ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya,” kata pelumba Sepanyol itu.
Masa ketiga terpantas ini bermaksud Rins melayakkan diri ke sesi Q2 (Saringan Kedua) secara automatik.
Baca di sini: Aturan kelayakan MotoGP
Rins mengekalkan prestasinya dan dapat melayakkan diri di petak permulaan ke-2 di hadapan untuk perlumbaan Sprint Race dan Race utama. Dia tidak mensia-siakan usahanya dengan mencapai tempat ke-2 untuk perlumbaan Sprint sejurus kemudian. Ia merupakan podium yang pertama untuk pasukan LCR Honda Castrol sejak 4 tahun yang lepas. Podium ini turut menyumbang kepada yang ke-100 untuk pasukan tersebut.
Perlumbaan Sprint telah didominasi oleh Francesco “Pecco” Bagnaia yang telah meluru ke hadapan sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Oleh itu, Rins tidak memberikan Pecco peluang untuk menjarakkan dirinya daripada Rins. Oleh itu, Rins mengekalkan tekanan ke atas Pecco dengan mengikutinya dengan rapat sehinggalah Pecco terjatuh dan tersingkir daripada perlumbaan.
Luca Marini cuba mengasak Rins tetapi Rins dapat mengekalkan jaraknya di hadapan justeru memenangi perlumbaan itu.
Segala kesangsian samada Rins dapat membiasakan dirinya kepada jentera Honda RC213V-nya telah disangkal. Kemahiran dan keazaman Rins dan LCR Honda telah membuahkan hasil di litar Circuit of the Americas (COTA) ini.