Kotak Simpanan GIVI E43NTL & E43NTL-ADV
Kenapa perlu tinggal barang anda di rumah?
Kotak simpanan GIVI E43NTL telah menjadi kegemaran ramai penunggang motosikal di Malaysia sejak dilancarkan dua tahun lalu. Anda dapat melihatnya dipasang pada motosikal dari pelbagai ukuran, dari kapchai hingga penunggang sukan dan pengembara sukan kelas terbuka.
Popularitinya nyata jelas, kerana reka bentuk dan kapasiti ruang penyimpanannya yang besar.
Ciri-ciri:
- Bahan PP yang kuat dan tahan lama.
- Kapasiti ruang penyimpanan 43 liter yang besar.
- Boleh memuat dua helmet muka penuh.
- Kalis air daripada hujan.
- Bentuk kotak yang memudahkan untuk membawa barang.
- Membawa hingga 3kg dengan racking motosikal jenis MV, 5kg dengan racking motosikal jenis HRV.
- Pelapik Velcro untuk penyesuaian pinggang.
- Monolock® dengan sistem keselamatan Monokey®.
Kotak simpanan E43NTL-ADV
Sebagai tambahan kepada ciri di atas, versi ADV (Advanced) pula mempunyai ciri-ciri berikut:
- Jaringan elastik (serbaguna) untuk menyimpan lebih banyak barang di bahagian atas kotak atau luar kotak simpanan tersebut.
- Mempunya cangkuk untuk mengikat jaringan elastik tersebut.
- Tempat sandar (backrest) bagi keselesaan penumpang di bahagian belakang.
- Pelapik dalaman.
Pengalaman Penggunaan:
Seperti yang kami sebutkan sebelum ini, bentuk E43NTL yang berkotak membolehkan penunggang membawa lebih banyak barang dengan lebih mudah. Bahagian penutup dan bahagian bawah kotak simpanan cukup dalam untuk memuatkan banyak barang. Dimensinya cukup luas bagi memuatkan beg galas yang diisi dengan komputer riba 15 inci, dan masih ada cukup ruang untuk baju hujan GIVI dan barang-barang lain.
Versi E43NTL-ADV disarankan jika anda penunggang yang sering menunggang perjalanan yang jauh. Eyelet pada penutup membolehkan anda memasukkan jaring elastik, sehingga meningkatkan keseluruhan daya dukung. Pelapik dalaman berguna untuk melindungi barang anda dari kejutan, selain membiarkan air mengalir ke bahagian bawah kotak, sekiranya anda membawa baju hujan GIVI yang basah.
Kami telah melihat banyak pelanggan kami yang memasang kotak simpanan E43NTL dan membawa pelbagai jenis barang, termasuk barang perkhemahan ke tempat yang jauh.
Reka bentuknya juga menyumbang kepada populariti E43NTL kerana ia tidak menjadikan kotak simpanan kelihatan tidak sesuai dengan motosikal. Fakta ini dilihat oleh jumlah penunggang motosikal kapcai yang menggunakan kotak simpanan itu.
E43NTL adalah pilihan terbaik jika anda mahukan satu kotak simpanan.
Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI