Pemegang Smartphone Universal GIVI S920M and S920L

Navigasi dengan pandangan
GIVI juga terkenal dengan pemegang telefon bimbit dan GPS, selepas kotak simpanan dan pakaian hujan kalis air. Ini kerana kami telah menawarkan pelbagai penyelesaian buat penunggang motosikal yang boleh dipercayai bergantung pada apa yang anda, pelanggan kami sukai.
Tetapi mengapa pemegang telefon ini penting? Melalui pemerhatian kami sendiri ianya adalah untuk:
- Sebab Nombor 1 pastinya untuk navigasi. Navigasi GPS tanpa menggunakan pemegang telefon GPS, bermaksud anda harus berhenti sepanjang masa untuk memeriksa telefon anda untuk mendapatkan laluan yang betul.
- Kami telah menemui alat dengar Bluetooth yang menerima isyarat secara berkala ketika telefon disimpan di dalam poket jaket atau di dalam “pouch beg”. Masalahnya diselesaikan ketika kami memasang telefon di hendal.
- Anda dapat mengenal pasti siapa yang memanggil anda dan memilih untuk menerima atau mengabaikan.
- Rakaman video diaktifkan pada GIVI S920M dan S920L, bergantung pada telefon anda.
GIVI S920M dan S920L adalah pemegang telefon terbaru kami. Mereka direka khas untuk memberikan kemudahan dan penggunaan lancer buat penunggang motosikal.
Ciri-ciri:
- Produk berpaten yang direka dan dibuat di Itali.
- Peyesuai boleh laras yang boleh memuatkan hampir semua jenis telefon.
- Kunci dan pelepasan yang mudah.
- Pemasangan tidak memerlukan alat.
- Semua komponen pelekap tetap bersama untuk mengelakkan kehilangan bahagian.
- Mampu memasang bahagian yang berbentuk eksentrik (tidak bulat sempurna).
- Mampu melekap ke bahagian antara 8mm hingga 35mm.
- Direka agar kamera jelas di telefon (bergantung pada telefon).
- Boleh dipusingkan ke arah mana pun.
- Mudah dicas telefon semasa digunakan.
- Tali keselamatan elastik GRIP + disediakan.
Tetapi mengapa telefon dipasang di keadaan udara yang terbuka? Jawapannya adalah memastikan peranti sentiasa dalam aliran udara sehingga mengelakkannya menjadi panas atau teruk, terlalu panas. Telefon yang terlalu panas melambatkan atau berhenti berfungsi sepenuhnya, meninggalkan anda tanpa navigasi dan komunikasi. Selain itu, fungsi sentuhan berfungsi secara semula jadi kerana jari anda menghubungkan skrin secara langsung (melalui sarung tangan sensitif sentuhan).
GIVI memang menjual pelindung telefon kalis air T519M dan T519L (secara berasingan). Produk-produk ini memastikan telefon anda tetap kering sementara masih membolehkan anda melihat skrin melalui penutupnya yang telus.
GIVI S920M dan S920L mempunyai dua saiz yang berbeza bagi memuatkan telefon dengan pelbagai saiz. Sila KLIK DISINIuntuk S920M’s dan KLIK DISINI untuk S920L mengikut kesesuaian telefon bimbit anda.
Secara amnya, S920M sesuai dengan iPhone 2G hingga X dan Samsung Galaxy hingga ke S9 dan Note 7.
Sebaliknya, S920L sesuai dengan iPhone 6 Plus, 7 Plus, 8 Plus, dan Samsung Galaxy S6 Edge Plus ke S9 Plus dan Galaxy Note 7 hingga 8.
GIVI S920M berharga RM 394.40 dan GIVI S920L berharga RM 426.20. Kedua-dua harga sudah termasuk SST.
Kesimpulannya
Kami telah menguji S920M semasa GIVI Golden Triangle Adventure Ride di Thailand, Kemboja dan Vietnam tahun lalu. Satu unit tersebut dipasang pada BMW R 1200 GS yang ditunggang dari Malaysia untuk menyertai perjalanan sebelum kembali. Penunggang tersebut melaporkan bahawa pemasangan telefonnya berfungsi dengan baik dalam semua keadaan jalan dan cuaca. Lebih penting lagi, dia dapat mencari jalan dengan tepat kerana telefon tidak pernah terlalu panas walaupun di bawah panas terik matahari.
Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI