Peralatan Keperluan untuk Berulang-alik Saban Hari
Memandu kereta saban hari merupakan suatu perbuatan yang antara lain, amat membosankan khususnya di tengah bandaraya besar. Malah ia menjadi seakan suatu penyeksaan apabila ditambah dengan pemandu yang kurang mahir dan yang memandu secara melulu.
Oleh itu, berualang-alik dengan motosikal merupakan cara yang terbaik. Bayangkan apabila anda memandu:
- Terpaksa mendengar lagu-lagu yang mengganggu minda ketika terperangkap di dalam kenderaan.
- Membayar tol walaupun terperangkap di dalam kesesakan trafik.
- Bersusah payah untuk mencari tempat parkir. Kemudiannya terpaksa membayar untuk memarkir walaupun tidak menggunakan kereta.
- Terperangkap di dalam kesesakan trafik ketika hendak ke bilik air.
Naik pengangkutan awam macam mana pula? Pengangkutan awam di Malaysia? Lebih baik tidak usah dibincangkan.
Bagaimanapun, kita jangan pandang ringan terhadap keselamatan diri kerana menunggang motosikal mempunyai risiko yang lebih tinggi. Selain daripada itu, motosikal tidak dapat membawa banyak barang, dan penunggang terdedah kepada alam sekitar.
Tetapi kita tidak perlu risau kerana barangan GIVI dibuat oleh penunggang motosikal untuk kegunaan penunggang motosikal. Siapakah yang lebih memahi kehendak penunggang motosikal jika bukan penunggang motosikal juga, kan? Kami sertakan beberapa barangan keperluan di sini agar perjalanan anda lebih selamat, senang, dan seronok.
1. Topi keledar
Secara ikhlas, topi keledar jenis full-face atau full-face modular yang dapat memberikan perlindungan sebaik mungkin kerana ia melitupi seluruh kepala. Namun, penunggang motosikal yang menunggang harian lebih gemar kepada topi keledar jenis jet atau juga dikenali sebagai open-face. Antara sebabnya ialah kerana jenis ini dapat mengalirkan lebih banyak udara bagi menyejukkan muka penunggang, serta senang pakai dan dibuka. GIVI mempunyai banyak model topi keledar jenis open-face yang anda boleh pilih.
2. Jaket
Ramai di antara kita yang memakai jaket ketika menunggang. Malangnya, jaket sukan tidak dapat melindungi kita daripada daya impak dan geseran jika berlakunya kemalangan. Oleh itu, jaket yang dikhususkan untuk menunggang motosikal merupakan solusi yang terbaik kerana ia mempunyai padding (armour) serta “kain” yang tahan geseran. Jaket fabrik dengan bahagian-bahagian jaring (mesh) merupakan yang paling sesuai bagi penunggang harian kerana ia memberikan aliran udara yang lebih baik. Selain daripada itu, ia lebih cepat kering jika terdedah kepada hujan.
Nasihat kami ialah jangan berasa sengan untuk memakai jaket motosikal walaupun anda membawa motosikal kecil. Biarlah orang lain cakap apapun kerana kita ingin melindungi diri kita.
3. Sarung tangan
Sarung tangan ialah satu keperluan apabila kita menunggang motosikal, tidak kira untuk apa jua keadaan mahupun jenis motosikal. Ingat: Kita tidak perlu jatuh pun untuk merasa betapa sakitnya apabila terkena batu yang dilantun oleh tayar kenderaan di hadapan kita.
Kita boleh memilih sarung tangan untuk musim panas iaitu yang diperbuat daripada fabrik. Seperti juga jaket fabrik, jenis ini lebih cepat kering dan memberikan aliran udara yang lebih baik. Tetapi jangan pakai jenis yang dikhususkan untuk tunggangan off-road kerana jenis ini terlalu nipis untuk menahan geseran permukaan jalan tar.
4. Baju hujan
Cuaca kita panas bila kita keluar rumah, tiba-tiba hujan 10 minit kemudian. Menunggang ketika badan basah kuyup amatlah tidak selesa; selain terpaksa menunggu sehingga hujan reda. Akhirnya kita sampai lewat di tempat kerja. Ia juga amat berbahaya kerana tidak dapat memfokuskan perhatian penuh kerana minda kita terganggu apabila kita basah kuyup dan merasa sejuk.
Oleh itu, baju hujan ialah peralatan yang amat penting.
5. Tempat membawa barang tambahan
Motosikal berkapasiti kecil dilengkapi dengan “bakul” jadi ia lebih senang untuk kita membawa barang. Tetapi ia selalunya tidak mencukupi apabila kita hendak membawa lebih banyak barang. Selain daripada itu, peragut juga sering mencari barang yang senang dicuri. Kita juga terpaksa membawa semua barang bersama kita apabila sampai di destinasi, kecualilah jika kita sanggup bertawakal.
Bagi motosikal besar pula, tempat simpanan barang di bawah tempat duduk seringnya hanya boleh memuatkan sekeping roti. Sebab inilah kenapa motosikal besar dilengkapi dengan peralatan (tools) yang terhad, ataupun tiada peralatan sama-sekali!
Jadi, kejayaan GIVI dalam industri kotak simpanan barang bukanlah suatu kebetulan kerana penunggang motosikal amat memerlukan ruang simpanan barang yang lebih besar. GIVI menghasilkan boks simpanan barang berlainan saiz serta gaya agar dapat memenuhi keperluan serta kehendak penunggang motosikal.
Tambah lagi, boks simpanan barang GIVI juga kalis air dan dilindungi oleh sistem penguncian yang terbaharu. Kita hanya perlu masukkan barang-barang kita dan terus jalan!
Selain daripada itu, kita boleh juga menggunakan beg tangki, beg pelana, dan beg galas bagi membawa barang tetapi boks simpananlah yang paling praktikal.
6. Kunci tambahan
Sebanyak 2,197 motosikal dilaporkan dicuri pada 2022. Walaupun bilangan ini kelihatan kecil, ia sebenyarnya merupakan 54% daripada semua kenderaan yang dicuri. Kita harus ingat bahawa ia merupakan kes-kes yang dilaporkan kerana terdapat banyak lagi kes di mana mereka tidak dilaporkan.
Pencuri mencari kesempatan yang mudah. Justeru penggunaan satu atau dua kunci tambahan dapat menawarkan hati pencuri, khususnya jika motosikal diletak di tempat parkir yang dipenuhi dengan motosikal lain. Dia tidak ada masa untuk menggergaji atau memotong kunci kita kerana berisiko ditangkap.
Jadi, pasanglah kunci tambahan pada motosikal anda.
Di manakah boleh saya mencari barangan-barangan keperluan ini?
Sila klik pautan ini untuk mencari pengedar sah GIVI yang terdekat.