PUSINGAN AKHIR KEJUARAAN PETRONAS AAM MALAYSIAN CUB PRIX 2017 – BANDAR PENAWAR, JOHOR
PUSINGAN AKHIR KEJUARAAN PETRONAS AAM MALAYSIAN CUB PRIX 2017 – BANDAR PENAWAR, JOHOR
Pusingan akhir untuk Kejuaraan CUB PRIX 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas! Musim terakhir untuk tahun 2017 ini telah diadakan di Johor Darul Takzim. Tahniah kami ucapkan buat semua pelumba dan GIVI! Tidak dinafikan, kerjasama dan sokongan yang kuat antara HONDA dan Pasukan Yuzy Racing telah membuktikan motosikal industry ini juga mampu merubah perlumbaan kepada satu kerjaya. Oleh itu, kami berharap saat seperti ini akan beterusan untuk melebarkan lagi kebaikan ini kepada industry permotoran.
Jadi, bagaimana dengan perlumbaan pusingan akhir? Bravo kepada semua para pelumba! Mereka semua Berjaya menamatkan pelumbaan sehingga ke garisan penamat. Tetapi malangnya tiada kemenangan buta mereka pada musim ini. Tetapi prestasi pelumbaan mereka adalah sangat bagus. Ketika sesi latihan dan kelayakkan, para pelumba kami telah melakukan yang terbaik. Secara keseluruhannya, pasukan Yuzy Racing boleh dijadikan contoh atas semangat dan dedikasi mereka yang sentiasa positif walaupun dalam kekalahan. Sokongan sesama mereka, tidak mustahil buat mereka untuk memenangi Kejuaraan ini secara keseluruhan. Akhir sekali, kami berbangga dengan Zaqhwan Zaidi #21 yang telah Berjaya meraih kedudukan ditempat ke 11 dalam pusingan keseluruhan kategori. Tahniah! Ianya bukan penghujung. Jangan putus asa. Dan semoga Berjaya pada musim akan datang!
Cuaca yang panas tidak menghentikan semangat warga Johor untuk Bersama-sama menyokong, bersorak dan menonton perlumbaan sehingga akhir. Bagi kakitangan GIVI pula, seperti biasa kami sibuk dengan menyertai booth jualan kami. Ianya bagi menyebarkan lagi tentang jenama GIVI dan kesedaran tentang keselamatan jalan raya tidak hanya untuk para pelumba tetapi buat semua penunggang motosikal dan warga Johor! GIVI berharap warisan kaya yang dibawa oleh kami di dalam industri ini akan membawa kepentingan buat mereka yang sukakan penggembaraan dalam sukan permotoran, apa sahaja dan dimana sahaja anda berada.
Secara keseluruhannya, kesemua 10 pusingan telah menjadi salah satu landasan terbaik buat semua peminat lumba motosikal tanah air! Kami berharap, kami boleh menyertai lagi program sebegini pada masa akan datang! Jumpa lagi! PEACE!