Satu Kematian Setiap 90 Minit Akibat Kemalangan Jalan Raya

Image: The Sun Daily
Satu kematian setiap 90 minit. 90 minit merupakan jangkamasa purata tayangan sesebuah wayang.
Itulah hakikat yang amat menggerunkan kerana hasil daripada jumlah 6,067 kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya pada 2022 di Malaysia. Jumlah itu pula berpunca daripada 545,630 kemalangan yang dilaporkan, iaitu bersamaan dengan 1 kemalangan setiap minit.
Angka ini bukan kerana ia dibandingkan dengan waktu Malaysia melalui beberapa kawalan pergerakan kerana pandemik Covid-19, malah ia lebih tinggi daripada ketika sebelum berlakunya pandemik tersebut.
Ketua Pengarah Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Kulanthayan K. C. Mani berkata situasi ini amat membimbangkan dan sepatutnya dilihat sebagai “pandemik trafik.” Dia berkata demikian ketika sambutan Minggu Keselamatan Jalan Raya Bangsa-bangsa Bersatu Ke-7 baru-baru ini. Tambah lagi, statistik ini dilihat akan bertambah tinggi disebabkan oleh pertambahan pemilikkan kenderaan peribadi yang mendadak di waktu akan datang.
Sebaliknya, pengangkutan awam masih merupakan kaedah yang paling selamat kerana terdapat kadar kemalangan dan kematian yang amat rendah. Profesor itu mengesa Kerajaan serta penyedia perkhidmatan pengangkutan awam agar sering memperbaikki infrastruktur dan fasiliti perkhidmatan. Dia juga berpendapat bahawa harus ada suatu pendekatan yang terurus bagi menggalakan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam.
Image: Dimsum Daily
Jika satu kematian setiap 90 minit merupakan sesuatu yang membimbangkan, kita harus ingat bahawa terdapat banyak kemalangan yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Justeru angka kemalangan yang sebenarnya adalah lebih tinggi.
Juga tidak menghairankan ialah majoriti yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya merupakan penunggang motosikal dan pembonceng motosikal. Sebuah statistik yang berasingan menunjukkan purata 8 penunggang dan pembonceng motosikal terkorban setiap hari, 60 setiap minggu, dan 243 setiap bulan bagi 10 tahun yang lepas. Seramai 89,953 pengguna motosikal telah maut di atas jalan raya Malaysia dari 2001 hingga 2021.
Kami bukan hendak riak dengan program kami, tetapi GIVI sentiasa mementingkan keselamatan pengguna motosikal. Kerana inilah GIVI sentiasa mengaturkan serta menaja program-programdan agensi-agensi keselamatan jalan raya untuk beberapa dekad. Kami juga telah bekerjasama dengan individu atau kelas yang mengajar cara menunggang motosikal dengan selamat, dan menggalakkan anda menyertai mereka. Dalam pada masa yang sama, kami harap anda berhati-hati di atas jalan raya. Keselamatan kita berada di atas tangan kita sendiri.