SHELL ADVANCE MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX 2017

27 – 29 OKTOBER 2018
Pelumbaan motosikal terkemuka dunia, MOTOGP dengan jayanya telah melabuhkan tirai pusingan yang hebat di Sepang. Dalam keadaan cuaca yang sangat cantik, pelumbaan di litar nyata sangat mengujakan! Pelbagai insiden menarik telah disaksikan. Pelumba dari Malaysia telah melakukan yang terbaik pada pelumbaan yang sengit itu. Pelumba LCR kami, Cal Cruthclow mengalami prestasi yang agak sukar, dimana beliau mengalami masalah tayar. Tetapi secara keseluruhan, peminat mendapat apa yang mereka inginkan.
MOTOGP adalah salah satu program terbesar tahunan kami di GIVI. Seperti biasa, kami akan mengadakan konvoi motosikal ke MotoGP, Sepang. Berbeza seperti tahun yang sebelum ini, kami telah memilih lokasi untuk pelepasan para penunggang konvoi di Menara Kuala Lumpur di Bukit Nenas. Hampir 200 motosikal dilengkapi dengan produk keluaran terbaru kami iaitu kotak simpanan B32 BOLD. Majlis pelepasan telah bermula pada jam 8.30 pagi dan terus ke Litar Sepang Antarabangsa. Turut sama sertai konvoi Bersama kami adalah pelanggan kami yang sanggup datang dari jauh seperti Indonesia, Singapura, Vietnam & Jepun
Ribuan peminat MOTOGP membanjiri perkarangan Litar Antarabangsa, Sepang bagi memberikan sokongan buat pasukan pilihan masing-masing. Cal Cruthclow turut hadir dalam sesi bertemu peminat di booth GIVI pada hari sesi kelayakkan. Selain itu, Duta GIVI, Anita Yusof turut hadir bagi mempromosikan buku penggembaraan “GLOBAL DREAM RIDE” beliau pada hari perlumbaan. Booth jualan dan merchandise kami juga turut dibanjiri oleh ribuan peminat MOTOGP yang ingin mendapatkan tabung duit GIVI secara percuma. Dengan hanya perlu “LIKE” laman sosial Facebook dan Instagram kami, mereka akan menerimanya sebagai tanda penghargaan kami.
Program selama 3 hari ini pastinya akan sentiasa diingati sebagai antara program yang terhebat buat kami pada tahun 2017. Kami berharap untuk melakukan lebih baik pada tahun hadapan!