Sijil SIRIM bagi Topi Keledar – Pencerahan bagi Mengelakkan Kekeliruan
Kami tahu yang anda sudah maklum bahawa helmet yang dijual dan digunakan di Malaysia diwajibkan untuk memenuhi syarat-syarat sesuatu piawaian. Malangnya terdapat banyak kekeliruan kenapakah terdapat helmet yang menggunakan label SIRIM manakala ada juga tidak mempunyai label SIRIM, tetapi sebaliknya menggunakan label ECE. Tambah lagi, terdapat juga helmet yang menggunakan kedua-dua label SIRIM dan ECE.
Tidak mengapa, mari kita rungkaikan subjek ini.
Siapakah dan apakah pensijilan SIRIM?
Kita perkenalkan SIRIM Berhad dengan ringkas terlebih dahulu.
Nama itu sebenarnya singkatan bagi Standard of Industrial Research Institute Malaysia (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Ia merupakan sebuah syarikat di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ditubuhkan pada 1964, ia ditugaskan untuk membangunkan dan melaksanaan piawaian-piawaian bagi sektor perindustrian yang sedang berkembang pesat pada masa itu. Oleh itu, SIRIM akan menguji dan memberikan sijil untuk barangan yang dibuat di Malaysia, serta beberapa jenis barangan yang lain yang diimpot.
Label keselamatan SIRIM mula diperkenalkan pada 1980 untuk barangan perlindungan dan keselamatan seperti topi keledar motosikal, tali pinggang kereta, serta peralatan lampu.
Pada masa kini, SIRIM masih merupakan organisasi yang menguji dan memberikan sijil kepada topi keledar yang diperbuat di Malaysia, mengikut piawaian MS1:1996 (piawaian MS1:2011 belum dikuatkuasa).
Bagaimana pula dengan piawaian ECE R22.05, ECE R22.06?
Kesatuan Eropah juga mempunyai rang piawaian yang digunakan di kalangan negara ahlinya. Piawaian-piawaian ini merangkumi jenis produk yang amat luas termasuklah peralatan rumah, peralatan pembuatan, sehinggalah kepada pakaian keselamatan untuk pekerjaan serta sukan bermotor.
Piawaian untuk topi keledar ialah ECE R22. Di mana “R22” merupakan set piawaiwan untuk topi keledar motosikal, manakala dua angka di belakang iaitu “.05” atau “.06” merupakan nombor semakan. Semakan terbaharu ialah ECE R22.06 yang telah dicapai oleh helmet GIVI 50.9 Atomic serta GIVI M35.0 Scudo.
https://www.givi.com.my/piawaian-topi-keledar-ece-r22-06-kenapakah-ia-penting-untuk-anda-bhg-1/?lang=ms
Piawaian ini turut diikhtiraf oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations, UN) sebagai piawaian topi keledar sejagat. Oleh itu, ia juga dimaterai di 62 negara, termasuk Malaysia. Sebab ini juga kenapa anda boleh melihat helmet yang mempunyai label UN R22.06 atau UNECE R22.06.
Helmet yang dibuat diluar negara dan diimpot ke Malaysia mestilah:
- Diluluskan mengikut piawaian ECE R22.05/ECE R22.06 terlebih dahulu.
- Pihak pengimpot akan memohon permit daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengimpot sesuatu model topi keledar.
- JPJ akan melakukan proses pengesahan mengenai ujian serta kelulusan tersebut. Jika sah, mereka akan memberikan permit untuk mengimpot.
- Permit ini kemudiannya difailkan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia.
Pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kastam DiRaja Malaysia, dan Polis DiRaja Malaysia berhak untuk merampas topi keledar yang diimpot tanpa kebenaran sah ini. Topi keledar sebenarnya merupakan barang terkawal kerana ia melibatkan keselematan pengguna.
Ok, jadi patutkah helmet saya mempunyai label SIRIM atau ECE R22?
Cara paling senang untuk mengingati kriteria ini ialah:
- Helmet yang diimpot perlu disahkan yang ia telah lulus piawaian ECE R22.05/ECE R22.06.
- Tetapi, pembuat atau pengimpot boleh menghantar helmet mereka ke SIRIM bagi mendapatkan sijil SIRIM sebagai tambahan.
Bagaimana pula dengan piawaian DOT?
Malaysia tidak memperakui piawaian DOT FMVSS No. 218 yang digunakan di Amerika Syarikat, kecuali jika sesuatu topi keledar itu turut mendapat kelulusan ECE R22.05/ECE R22.06.
Penutup
Itulah sedikit penerangan mengenai isu ini. Kami berharap anda dapat maklumat yang anda perlukan dan teruskan bersama kami untuk artikel-artikel yang lain di masa hadapan.