TOPI KELEDAR GIVI M30.2 PRESTO
Presto! Untuk tetap selesa walaupun cuaca panas terik!
Berita baiknya adalah, Perintah Kawalan Pergerakan akan berakhir secara berperingkat dan kita akan dibenarkan untuk menunggang lintas negeri. Berita buruk adalah, cuaca terik panas matahari mendadak berubah mendung hingga hujan lebat. Lebih buruk lagi, diselingi hujan lebat yang berselang.
Dan disebabkan itu, ia memerlukan topi keledar yang selesa yang boleh dipakai setiap masa. Topi keledar yang tidak selesa hanya akan menyebabkan penunggang untuk memilih topi keledar lain, walaupun harga topi keledar agak tinggi.
Kami ada jawapan untuk anda iaitu topi keledar jet jenis Presto GIVI M30.2 ini.
Ciri-ciri:
• Techno polymer yang tahan lasak untuk perlindungan daripada hentaman.
• Kain anallergik (mengurangkan jangkitan bakteria) yang menutupi lapisan dalam dan pipi.
• Lapisan dalaman yang boleh ditanggalkan untuk di cuci.
• Pelapik pipi yang boleh ditanggalkan untuk di cuci.
• Kancing mikrometer untuk kancing cepat dan kemas.
• Pelindung utama anti calar.
• Pelindung matahari terbina dalam.
• 2 saluran ventilasi udara di bahagian atas.
• 2 saluran ventilasi udara di bahagian belakang.
• ECE R22.05 (J) diluluskan, untuk jenis jet
Pengalaman penggunaan:
Pertama sekali, topi keledar GIVI M30.2 Presto tidak memerlukan kos sehingga perlu menjual lengan dan kaki anda hanyak untuk memiliki topi keledar ini. Hasrat GIVI adalah agar setiap penunggang dilindungi dengan baik, oleh itu topi keledar berharga berpatutan ini, masih memenuhi standard ECE R22.05 yang paling terbaik.
Tetapi seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya, bukti sebenarnya adalah dengan memakainya.
M30.2 kukuh dan tidak lentur tidak seperti helmet jenis terbuka (muka terbuka). Ini disebabkan kekuatan Technopolymer, selain reka bentuk helmet yang mengoptimumkan kekuatan helmet di kawasan yang bersesuaian.
Pelapik dalaman memberi keselesaan kepada penunggang dan kain menyerap peluh dengan cepat agar kulit terasa selesa semasa dipakai. Dua ventilasi besar di bahagian atas memberikan pengudaraan yang besar dalam mendorong udara sejuk. Dua ventilasi dibahagian belakang, adalah untuk memastikan udara panas di dalam helmet mudah untuk dikeluarkan.
Bagi cuaca hujan, menjadikan topi keledar jenis jet bermaksud pelindung tidak mudah kabur.
M30.2 Presto sangat sesuai untuk perjalanan di persekitaran bandar, ditambah untuk penunggang motosikal tur.
Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI