
28-29 JULAI 2018
Gerakan Kustom Kulture yang semakin berkembang pesat telah menggamatkan suasana hujung minggu lalu. Art of Speed yang diperkasakan oleh Petronas terus unggul saban tahun, dan edisi 2018 ini merupakan yang ketujuh. Berlangsung di MAEPS Serdang, jumlah booth pameran semakin bertambah serta begitu juga dengan kehadiran pengunjung meskipun acara ini memerlukan tiket berbayar.
Buat pertama kalinya, GIVI turut serta dengan membawa bas pameran kami, The Red Explorer. Terletak secara strategik di pintu masuk utama, ribuan pengunjung dan penunggang motosikal hadir untuk melihat tawaran kami. Seperti biasa, pameran dan jualan helmet, baju hujan serta barangan jenama GIVI berjaya mencuri perhatian ramai. Kehadiran promo girl pada hari Ahad juga menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Sebagai penyertaan sulung kami dalam acara Kustom Kulture, boleh dikatakan usaha ini sangat berbaloi dan memuaskan. Kami berharap dapat kembali ke Art of Speed 2019 dengan tawaran yang lebih segar serta lebih mencerminkan citarasa komuniti Kustom Kulture!
!