PROFIL KORPORAT
TUNGGANGAN MOTOSIKAL BUKAN SEKADAR MENUJU DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LAIN. TETAPI IANYA ADALAH SATU MINAT DAN SEMANGAT YANG KENTAL YANG SENTIASA ADA DALAM DIRI SEORANG PENUNGGANG.
GIVI ialah salah satu jenama terkemuka dunia dalam industri motosikal dan terkenal di seluruh dunia dengan rankaian aksesori motosikal yang berkualiti tinggi. GIVI ASIA merupakan sebahagian daripada Keluarga GIVI, sebuah syarikat antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1978 di Flero (Brescia), Itali, hasil inisiatif En. Giuseppe Visenzi, seorang bekas penunggang motosikal. Hari ini, GIVI telah berkembang menjadi sebuah syarikat bertaraf global yang beroperasi di lebih 85 negara dengan rangkaian pengedaran yang meluas.
Kisah kejayaan GIVI diteruskan dengan penubuhan GIVI ASIA pada tahun 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak penubuhannya, GIVI ASIA telah komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mengikut piawaian ketat di negara Eropah dan antarabangsa bagi pasaran Asia. Selepas lebih 20 tahun di rantau ini, GIVI ASIA kini mempunyai lebih daripada 300 pengedar di Malaysia serta menjadi ibu pejabat serantau bagi lebih 20 pengedar bebas di Jepun, Taiwan, Singapura, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Indonesia, Korea dan India.
Sebagai sebahagian daripada Kumpulan GIVI, GIVI ASIA memastikan reputasi unggul dan prestij global akan terus terpelihara melalui kecemerlangan dalam perkhidmatan, kualiti dan harga. Setiap hari, GIVI ASIA membawa kualiti dan semangat GIVI ke pasaran Asia yang semakin berkembang, demi memastikan setiap perjalanan menjadi pengalaman yang selamat dan tidak dapat dilupakan.
