MAKMAL TEKNO R&D

Penyelidikan dan inovasi sentiasa menjadi potensi pembangunan terbaik GIVI.
Di jabatan R&D di Brescia, falsafah perancangan tenaga kerja telah ditetapkan dengan jelas, iaitu untuk mewujudkan keseimbangan antara konsep dan fungsi, sambil memperkenalkan sistem perlindungan canggih yang menumpukan kepada keselamatan penunggang motosikal.

Rangkaian produk GIVI dibangunkan berasaskan kepakaran dalam bahan: gentian teknologi komposit, polimer teknologi khas, acuan berkonsep kompleks, mesin dan proses pengacuan berketepatan tinggi. Faktor-faktor inilah yang mewakili proses pengeluaran kami, yang menekankan kawalan kualiti dan pemilihan bahan yang teliti. Keupayaan teknologi GIVI terletak kepada pendekatan berteknologi tinggi (high-tech) yang diterapkan melalui kajian menyeluruh secara berperingkat terhadap setiap kemungkinan variasi. Kompetensi, ketekunan, dan yang paling utama adalah semangat terhadap dunia motosikal yang digabungkan dengan penggunaan aplikasi sistem CAD terkini demi menjamin keselamatan sepenuhnya bagi setiap produk siap.