Bagnaia dan Ducati Kekal Unggul di MotoGP Itali 2023

Bagnaia and Ducati Unstoppable at Italian MotoGP 2023

Francesco “Pecco” Bagnaia dan Ducati Desmosedici GP23 miliknya terbukti menjadi tour de force pada MotoGP Itali 2023, yang berlangsung di Litar Mugello pada hujung minggu lalu.

Hujung minggu pada mulanya kelihatan suram bagi pasukan rasmi Ducati apabila Bagnaia memasuki pit dengan bertongkat, masih mengalami patah tallus (tulang di kaki) selepas kemalangan dengan Maverick Vinalez pada pusingan Perancis dua minggu sebelumnya. Rakan sepasukannya, Enea Bastianini, juga masih jauh daripada berada pada tahap kecergasan 100%. Akibatnya, Bagnaia dan Bastianini menamatkan P1 di tempat ke-16 dan ke-15, masing-masing.

Bagi pasukan LCR Honda pula, Alex Rins dan Takaagi Nakagami menamatkan sesi di tempat ke-12 dan ke-13.

Namun, Bagnaia, Bastianini dan pasukan mereka berjaya melakukan kebangkitan semula dalam sesi P2 yang berlangsung pada hari yang sama. Bagnaia terlebih dahulu memadamkan 1.5 saat daripada catatan sebelumnya untuk muncul di tangga teratas senarai masa, sekali gus melayakkannya terus ke Q2. Bastianini pula memperbaiki masa sebanyak 1.2 saat dan menamatkan di tempat ke-6, turut menempah slot automatik ke Q2.

Menjelang hari Sabtu, Bagnaia benar-benar mendominasi sesi kelayakan dengan catatan terbaik sepanjang hujung minggu untuk meraih Petak Utama (Pole Position) bagi perlumbaan Sprint sebelah petang serta Perlumbaan Utama pada hari Ahad. Itu dicapai walaupun cuba diganggu permainan minda oleh seorang pelumba lain yang masuk ke garisan lumba tepat ketika Bagnaia sedang membelok ke selekoh pertama dalam pusingan pantasnya.

Aleix Rins juga berjaya melayakkan diri ke tempat ke-9 dengan Honda RC213V yang sedang bergelut, manakala Nakagami menamatkan sesi di tempat ke-16.

Dalam perlumbaan Sprint, Bagnaia memulakan saingan dengan sempurna dan mengawal perlumbaan dari depan, menamatkan di podium bersama dua lagi pelumba Ducati — Marco Bezzecchi dan Jorge Martín.

Malangnya, Rins mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan Sprint yang menyebabkan tulang tibia dan fibula beliau patah. Malam itu juga beliau menjalani pembedahan untuk memasang alat sokongan luaran (external fixator).

Pada hari Ahad, Bagnaia sekali lagi merebut kedudukan teratas di selekoh pertama sebaik sahaja lampu isyarat padam, lalu mengawal perlumbaan dari hadapan, dan diikuti rapat oleh Jorge Martin sambil meninggalkan saingan mereka untuk bertelagah sesama sendiri di belakang. Persaingan untuk kedudukan podium terakhir begitu sengit sehingga menyaksikan beberapa aksi pintas-memintas rapat, malah dua pelumba terjatuh.

Kemenangan Bagnaia menyaksikan dia mendahului dalam kedudukan Kejuaraan Penunggang dengan 131 mata di hadapan Bezzecchi dengan 110 mata, dan Martin di tempat ketiga dengan 107 mata.

Fikiran kami juga tertuju kepada Alex Rins dan berharap dia cepat sembuh.