KEUPAYAAN BUKAN PENGHALANG – GIVI BERSAMA ANDA!

DISABILITY IS NOT A MATTER – GIVI WITH YOU!

16 SEPTEMBER 2018

16 September 2018 merupakan tarikh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia dan juga satu sambutan berganda buat Encik Santana Dass yang memulakan pengembaraannya menjelajah dunia dengan motosikal Yamaha R25. Perjalanan ini turut menjadi detik istimewa buat GIVI kerana anak muda Malaysia ini merupakan insan istimewa yang berani menyahut cabaran menunggang merentasi tiga buah negara hanya dengan sebelah tangan. Tanpa ragu, tunggangan solo selama 14 hari ini telah membuka jalan baharu bagi komuniti orang kelainan upaya untuk terus mengejar impian mereka.

Sesi pelepasan telah berlangsung di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang dan GIVI dengan penuh bangga menyaksikannya hujung minggu lalu. Selain sokongan moral, GIVI turut menaja penunggang istimewa ini dengan kelengkapan tunggangan dan keselamatan seperti Helmet X.01 Tourer, MULEBOX E43NTL-ADV, baju hujan, sarung tangan, beg kargo dan beg tangki. Kami berdiri dengan penuh rasa bangga ketika Jalur Gemilang dikibarkan pada hari yang begitu bermakna ini! Hari Malaysia yang istimewa, menyaksikan seorang anak Malaysia berani meninggalkan tanah air untuk mengejar impiannya.

Sebelum berangkat, Santana sempat menitipkan pesanan bermakna dengan berkata, ‘Kekurangan upaya bukanlah penghalang untuk mencuba projek yang dianggap mustahil. Apa yang paling penting adalah semangat dan perancangan ke arah itu.’ Beliau juga telah memohon untuk disenaraikan dalam Malaysia Book of Records dan Guinness World Records di bawah kategori ‘Human Achievement’ sebagai ‘Longest Distance Single Handed Motorcycle Ride’. Semoga impian ini menjadi kenyataan tidak lama lagi!

Sekali lagi, GIVI mengucapkan selamat maju jaya dan perjalanan yang selamat untuk misi tunggangan sejauh 5,922 km ini. Do’ Explore & Enjoy’ bersama GIVI!