
Para peminat motosikal di Malaysia menaruh harapan tinggi apabila Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) mengambil alih operasi jenama Kawasaki di negara ini. Antara harapan mereka ialah untuk melihat model Kawasaki berkapasiti besar (yang kini dijenamakan semula sebagai Modenas) ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan. Kini, harapan itu menjadi kenyataan apabila EMOS mengumumkan ketibaan tiga model 2023 iaitu Modenas Z650, Modenas Ninja 650, dan Modenas Versys 650. Ia bukan sekadar perubahan warna semata-mata!
Modenas Z650 
Modenas Z650 ialah motosikal jenis naked bike/roadster yang terkenal dengan rekaan agresif serta prestasi enjin yang mengujakan. Antara kemas kini utama ialah:
-
Ergonomik diperbaharui: Ergonomik merujuk kepada posisi tunggangan penunggang, berdasarkan hubungan antara tempat duduk, hendal dan perehat kaki. Model baharu ini menjanjikan keselesaan lebih baik untuk pelbagai saiz penunggang, di samping kawalan yang lebih stabil.
-
Ciri elektronik terkini: Buat pertama kalinya, Z650 dilengkapi skrin TFT berwarna penuh yang membolehkan penunggang memilih tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain.
-
Kawalan dipertingkat: Suspensi dan casis yang dinaik taraf memberikan kawalan lebih tepat serta lincah.
-
Warna & harga: Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Metallic Spark Black (RM34,500) dan Metallic Matte Graphene Steel Gray (RM35,200).

Modenas Ninja 650
Ninja 650 ialah sebuah sportbike harian yang praktikal serta memiliki ergonomik selesa, serta tetap mengekalkan identiti sporty yang penuh keseronokan untuk semua penunggang termasuk yang berpengalaman. Antara perubahan terbesar bagi tahun 2023 ialah:
-
Rekaan lebih agresif: Bentuk baharu yang lebih garang diinspirasikan daripada model Ninja ZX-10R dan Ninja-6R. Lampu hadapan LED menambah lagi gaya tersebut, ditambah dengan grafik bercirikan perlumbaan.
-
Teknologi terkini: Skrin TFT baharu membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar melalui aplikasi Kawasaki Rideology untuk mengakses maklumat dan data tunggangan penting.
-
Ciri keselamatan baharu: Kini dilengkapi ABS bersama kawalan cengkaman (traction control), yang sangat membantu dari segi keselamatan dan kestabilan ketika kecemasan. Ciri ini juga meningkatkan keyakinan penunggang.
-
Warna & harga: Metallic Matte Graphene Steel Gray (RM35,200), dan Lime Green/Ebony (RM35,900).
Modenas Versys 650 
Versys 650 merupakan sebuah motosikal yang sangat popular sejak pelancarannya bertahun-tahun lalu. Ramai peminat setia menggemari suspensi panjangnya yang mampu menyerap pelbagai jenis hentakan jalan (termasuk laluan off-road ringan!). Suspensi panjang itu juga memberi kedudukan tunggangan yang tinggi serta penuh kawalan, terutama ketika berada dalam trafik. Oleh itu, ia juga berfungsi dengan baik sebagai sebuah sport-tourer kerana keupayaannya membawa banyak kargo, ditambah pula dengan skrin angin yang besar. Ringkasnya, ia mempunyai semua ciri untuk menjadi motosikal yang sangat praktikal. Kini, ia tampil lebih baik untuk tahun ini dengan beberapa penambahbaikan:
-
Skrin angin boleh laras: Akhirnya, skrin angin boleh dinaikkan atau diturunkan mengikut aliran angin yang diingini. Kebiasaannya ia dilaras rendah ketika menempuh trafik, dan lebih tinggi ketika touring.
-
Suspensi dinaik taraf: Suspensi baharu Versys 650 telah diubah suai semula untuk menambah kestabilan di pelbagai jenis permukaan jalan.
-
Rekaan semula: Versi terkini tampil dengan imej baharu yang sepadan dengan keluarga 650cc. Lampu hadapannya kini menggunakan teknologi LED.
-
Warna & harga: Metallic Spark Black (RM38,400), dan Candy Lime Green/Metallic Spark Black (RM39,100).

Aksesori GIVI bagi motosikal ini juga boleh didapati di sini.
Engine and Casis
- Ketiga-tiga model ini berkongsi enjin 649cc parallel-twin, DOHC, 8 injap yang telah terbukti ketahanannya.
- Enjin ini terkenal dengan tork padu di julat rendah dan pertengahan, menjadikannya sangat sesuai untuk tunggangan di kawasan bandar.
- Z650 dan Ninja 650 menggunakan casis yang sama
- manakala Versys 650 tampil berbeza dengan casis khas serta side-mounted monoshock.
Aksesori GIVI bagi motosikal ini juga boleh didapati di sini. https://www.givi.it/my-motorcycle/models/kawasaki.