
13 MEI 2018
Baru-baru ini, kami telah menjemput beberapa pengguna bertuah untuk menyertai SunMoRi atau Sunday Morning Ride pertama kami. Walaupun hujan pada awal pagi, hampir 50 buah motosikal lengkap dengan kotak GIVI hadir di titik mula (Tol BHP Gombak). Ada peserta yang datang sejauh Johor, Kuantan dan Ipoh. Destinasi pilihan untuk tunggangan SunMoRi kali ini ialah Route E8 0km yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak menuju ke Kuantan. Cuaca kembali cerah dan sempurna sebaik sahaja kami mula bergerak sekitar jam 9.30 pagi.
Setibanya di lokasi, kami memulakan dengan sedikit pengenalan program hari itu, malah ada peserta yang berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah. Tidak lama selepas itu, brunch dengan menu ala kampung disajikan. Para peserta juga berpeluang menguji kemahiran off-road mereka di Enduro Park, dan ramai yang teruja mencuba kapcai mahupun skuter meredah sungai serta laluan berlumpur.
Tunggangan ini dianjurkan sebagai platform untuk komuniti pengguna GIVI berinteraksi dalam suasana santai serta berkongsi maklum balas tentang produk pilihan mereka. Kami berharap dapat menganjurkan SunMoRi setiap bulan dengan kumpulan lebih besar dan jarak tunggangan yang lebih jauh!