
PUSAT KUARANTIN, MAEPS, SERDANG
16 JUN 2021
Di bawah inisiatif #GIVISTACARES dan dengan kerjasama media #CARETA, GIVI telah bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dengan bantuan Careta, GIVI telah menyumbangkan beberapa kelengkapan untuk Pusat Aktiviti Kanak-kanak di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah, Maeps, Serdang. Sumbangan ini merangkumi meja, kerusi, buku mewarna, serta alat tulis bagi kegunaan pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin dan rawatan di pusat tersebut.
Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Dr. Shahabuddin Ibrahim, Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah, Maeps 2.0. Kami turut disambut mesra oleh para petugas barisan hadapan semasa majlis penyerahan.
Akhir kata, kami di GIVI berharap agar kes COVID-19 di negara ini segera berkurangan dan anak-anak di pusat tersebut dapat menikmati pelbagai aktiviti dengan sumbangan yang diberikan. Kepada semua, kekal selamat dan sentiasa duduk di rumah.