AGIHAN BUBUR LAMBUK OLEH GIVI ASIA

GIVI ASIA BUBUR LAMBUK GIVEAWAY

18 MEI 2020

Pada 18 Mei, GIVI Asia meneruskan tradisi tahunan pengagihan Bubur Lambuk kepada semua kakitangan GIVI di Bukit Beruntung. Program ini diadakan bersempena dengan bulan suci Ramadan.

Disebabkan Covid-19, penjarakan sosial dan penjagaan kerbersihan yang amat teliti telah diamalkan sepanjang program ini. Justeru, penyediaan, memasak, dan pembungkusan Bubur Lambuk telah dilakukan sepenuhnya oleh pasukan Pemasaran GIVI Asia. Proses keseluruhan mengambil masa selama 7 jam untuk disiapkan, dan pengagihan selesai menjelang jam 5.30 petang.

Secara keseluruhannya, ia merupakan satu pengalaman yang penuh keberkatan dan bermakna bagi kami untuk meraikan bulan Ramadan bersama semua kakitangan melalui program ini. Hingga bertemu lagi Ramadan yang akan datang.