
4 JUN 2018
Sempena bulan suci Ramadan, GIVI Asia telah mengagihkan lebih daripada 500 mangkuk bubur lambuk kepada komuniti setempat dan golongan kurang bernasib baik di Bukit Beruntung pada Isnin, 4 Jun 2018. Dengan tema ‘Bukit Beruntung’s GIVI Territory’, program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi jenama GIVI kepada masyarakat.
Ketua jabatan bersama seluruh kakitangan GIVI Asia berganding bahu memasak dan turun ke jalan raya dengan senyuman, mengagihkan bubur lambuk kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jalan berhampiran Bazar Ramadan. Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), GIVI turut menyumbangkan 100 mangkuk bubur lambuk kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Hidayah, Bukit Beruntung.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dengan cemerlang. Ia menjadi pengalaman bermakna buat kami semua untuk meraikan bulan Ramadan bersama komuniti setempat serta berkongsi kasih sayang dengan mereka yang memerlukan. Kami berharap pada tahun 2019, ribuan mangkuk bubur lambuk dapat diagihkan pula!