GIVI BELLA RIDE & CAMP 2020

GIVI BELLA RIDE & CAMP 2020

GIVI BELLA kembali untuk "Ladies Ride & Camp"!

Program “Ladies Ride & Camp” bersama GIVI Bella selama tiga hari telah berlangsung baru-baru ini di Janda Baik, Pahang. Acara ini telah disertai seramai 20 peserta berdaftar GIVI Bella sebagai tanda sokongan kepada “M.A.W.A.R. – Malaysian Women Rider and their cause”. GIVI Bella ialah sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada Februari 2020, yang menekankan penglibatan serta peranan wanita dalam dunia penunggangan motosikal.

Pengembaraan ini telah dirasmikan dengan acara penyerahan baton oleh “Cigaros Momxsys” kepada GIVI Bella pada petang Jumaat di Shell Melati, Kuala Lumpur. Majlis perasmian tersebut selesai pada jam 4 petang hari yang sama. Tip keselamatan turut diberikan oleh para marshal yang mengiringi kumpulan sebelum sesi pelepasan bendera. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk tiba di Santai Riverside, Janda Baik.

Sebaik tiba, mereka terpesona melihat tapak perkhemahan yang telah siap disediakan khas untuk mereka! Walaupun keletihan, itu tidak menghalang para peserta wanita untuk bersiap sedia menyertai aktiviti malam. Makan malam pula dimeriahkan dengan hidangan lazat berkonsepkan masakan “Kampung”. Walaupun jauh daripada keselesaan rumah sendiri, para penunggang wanita ini tetap bersemangat untuk merasai pengalaman malam sepenuhnya, dan maka, lampu pun dibiarkan menyala hingga lewat malam! Mereka begitu asyik berkongsi kenangan dan kisah penunggangan masing-masing dari serata dunia. Benar-benar satu malam yang sukar dilupakan!

Keesokan harinya disambut dengan lebih banyak lagi detik yang menyeronokkan dan aktiviti yang penuh pengembaraan, termasuk cabaran adrenalin dengan tunggangan ATV off-road untuk merasai keindahan alam di Rimba Valley! Hari tersebut benar-benar istimewa dan penuh bermakna. Kumpulan peserta diraikan serta dijaga sepenuhnya oleh pihak GIVI. Tidak ketinggalan juga makan malam istimewa; BBQ Night yang disediakan secara eksklusif oleh kakitangan GIVI Malaysia sendiri untuk kesemua 20 peserta. Bahan-bahan yang digunakan telah  dipilih segar dan diperap enak dengan herba tradisional sehingga membuatkan para peserta benar-benar teruja. Kemuncak tunggangan kali ini ialah sesi Cabutan Bertuah, di mana pemenang utama membawa pulang helmet menarik GIVI M10.2 Vista!

Secara keseluruhannya, “Ladies Ride & Camp 2020” anjuran GIVI Bella telah mencatat kejayaan besar pada tahun ini. Walaupun program ini diadakan setiap tahun, namun setiap edisi mempunyai keunikan tersendiri yang wajar dikenang. Matlamat utama penubuhan GIVI Bella ternyata berhasil apabila kami berpeluang untuk lebih dekat dengan komuniti penunggang wanita.

Kami berharap “Ladies Ride & Camp” akan menjadi lebih meriah dan gilang-gemilang pada tahun-tahun akan datang! Selamat maju jaya, Bella!!!