TRIP INSENTIF PENIAGA GIVI

GIVI DEALERS INCENTIVE TRIP

26-29 MEI 2018

Bangkok, The City of Angels, telah dipilih sebagai destinasi untuk 107 pengedar dan kakitangan GIVI Asia bagi trip insentif tahun ini. Perjalanan penuh kenangan selama 4 hari 3 malam ini ditaja sepenuhnya oleh GIVI Asia sebagai ganjaran atas prestasi cemerlang mereka dalam penjualan produk GIVI. Trip ini dipenuhi dengan pelbagai lokasi pelancongan menarik. Saat membeli-belah turut menjadi tarikan utama di samping lawatan, di mana semua peserta begitu seronok menikmatinya! Hidangan enak Thailand juga tidak dilupakan. Secara keseluruhan, ia benar-benar sebuah trip yang ‘fantabulous’.

Peserta berlepas mengikut kumpulan masing-masing dari KLIA dan Lapangan Terbang Pulau Pinang pada 26 Mei seperti yang dirancang. Keesokan harinya, mereka melawat sebuah kuil bersejarah, Wat Trimit. Kuil ini terkenal dengan seni bina keemasan, pameran dan patung Buddha emas yang besar. Tambahan pula, bangunan ini juga menempatkan ‘Bangkok Chinatown Heritage’ yang memukau semua dengan seni bina menakjubkan.

Pada hari berikutnya, mereka menikmati pengalaman menaiki bot ekor panjang tradisional Thailand menyusuri Sungai Chao Phraya. Pemandangan sepanjang perjalanan begitu indah dan berwarna-warni, memperlihatkan kehidupan masyarakat Thai. Tidak ketinggalan juga, mereka berpeluang membeli-belah di destinasi terkenal Asiatique Riverfront, yang menempatkan lebih 1,500 butik! Inilah saat di mana semua ‘kaki shopping’ benar-benar teruja. Semua peserta pulang dengan pengalaman indah dan pastinya mengimpikan trip pengembaraan yang lebih hebat pada masa akan datang!