25 OGOS 2022
Helmet terbaharu GIVI M35.0 SCUDO baru sahaja dilancarkan di Grand Ion Delemen Hotel. Ia merupakan helmet jet pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan mengikut piawaian baharu ECE R22.06 untuk helmet motosikal.
Diperkenalkan secara eksklusif dengan rekaan moden berinspirasikan Itali, GIVI M35.0 SCUDO hadir dengan dua saiz cengkerang iaitu kecil dan besar. Terdapat 8 variasi grafik dan warna yang ditawarkan:
- Solid Ice White,
- Solid Grey,
- Graphic Draco Black Red,
- Graphic Draco Yellow Blue,
- Graphic Kraken Neon Yellow,
- Graphic Torch Black Blue,
- Graphic Ventura Grey Yellow, and
- Graphic Ventura White Blue.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee; Pengarah Operasi Luar Negara Kumpulan GIVI, Encik Joseph Perucca; serta Ketua Pegawai Eksekutif GIVI SPA, Itali, Puan Hendrika Visenzi.
Malam diteruskan dengan penuh keanggunan dengan jamuan makan malam yang dihadiri lebih 350 tetamu termasuk pengedar tempatan dan pihak media. Para tetamu disajikan dengan pameran koleksi GIVI M35.0 Scudo, pratonton produk serta sampel yang dipamerkan di sekitar halaman dan kawasan sekeliling, diserikan lagi dengan persembahan secara langsung. Pada masa yang sama, Pengurus Pemasaran GIVI Asia, Encik Samir Sharman, bersama Pengurus Outlet GIVI Point Johor Bahru, Encik Chan Kok Kee, turut mempersembahkan ciri-ciri teknikal helmet tersebut di pentas.
Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian, sambil menikmati hidangan fine dining dalam suasana nyaman berlatarbelakangkan iklim pergunungan yang sejuk.
Sudah 2 tahun sejak kali terakhir kita berkumpul, dan ia sememangnya satu kesempatan yang cukup istimewa. Semoga kita dapat bertemu dan berkumpul lagi tidak lama lagi!
Sila layari halaman Facebook GIVI Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini serta halaman produk GIVI M35.0 Scudo bagi butiran teknikal yang lebih lengkap.