KURSUS KESELAMATAN MENUNGGANG GIVI MOTOWAZI MARSHAL (MUAR, JOHOR)

GIVI MOTOWAZI MARSHAL RIDING SAFETY COURSE (MUAR, JOHOR)

13 MAC 2021

The Red Explorer kembali bergerak bagi “Kursus Keselamatan Menunggang Marshal GIVI 2021”!
Kali ini berlangsung di Bandar Maharani, Muar, Johor!

Program ini turut mendapat sokongan daripada Majlis Perbandaran Muar (MPM). Acara sehari ini diadakan di Mini Stadium Sultan Ibrahim dengan kehadiran lebih 30 peserta dari Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Selangor yang menyertai Kursus Marshal Tahap 1 serta asas Keselamatan Menunggang!

Sesi teori bermula pada waktu pagi, manakala sesi praktikal pada sebelah petang yang memberikan tumpuan kepada teknik keselamatan bermotosikal oleh MOTOWAZI… dengan sokongan padu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). YBhg. Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar, turut hadir semasa majlis penyampaian sijil di penghujung program.

Akhir kata, kami berharap kursus-kursus kempen keselamatan ini akan terus mendapat sokongan padu daripada komuniti bermotosikal. Kami juga menantikan lebih banyak kerjasama bersama pihak berkuasa tempatan dalam usaha mempromosikan kesedaran keselamatan.

Sehingga bertemu lagi… Jumpa anda semua tidak lama lagi..!