MAJLIS PERASMIAN GIVI POINT JOHOR BHARU

GIVI POINT JOHOR BHARU OPENING CEREMONY

19 JANUARI 2018

GIVI memulakan tahun ini dengan penuh bermakna apabila satu acara pembukaan rasmi GIVI Point baharu telah berlangsung di Johor Bahru. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan, Encik On Hai Swee dan Pengarah Antarabangsa GIVI, Encik Joseph Perucca. Johor merupakan salah satu pasaran terpenting bagi GIVI di Malaysia, dengan ramai rakyat Johor berulang-alik ke Singapura setiap hari, penggunaan top box meningkat dengan begitu pesat.

Acara ini turut dijadikan platform untuk pelancaran produk baharu iaitu third brake light baseplate. Selari dengan mantera GIVI bahawa keselamatan adalah keutamaan dalam setiap keperluan tunggangan, third brake light ini menambah ciri keselamatan penting di samping pelekat reflektif sedia ada pada bahagian belakang top box.

Turut berlangsung ialah majlis penyampaian hadiah bagi Cielo Yuzy Racing Contest. Pemenangnya, Encik Nazeri Mohd Isa, hadir dari Klang, Selangor untuk menerima hadiah utamanya, sebuah Honda RS150R Cub Prix Edition.

Dengan pembukaan GIVI Point Johor Bahru, GIVI menawarkan perkhidmatan terbaik dan tiada tandingan untuk kotak dan aksesori, khususnya buat pengguna di Johor. Terletak di Jalan Tampoi Susur 1, premis ini dibuka Isnin – Sabtu dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Jemputlah berkunjung untuk semua keperluan tunggangan anda!!