
Cuaca buruk dan hujan lebat telah melanda negara ini baru-baru ini, mengakibatkan banjir kilat besar di seluruh Malaysia. Negeri-negeri yang paling teruk terjejas ialah Pahang, Perak, Johor, Kelantan, dan Terengganu. Antara negeri tersebut, Pahang telah direkodkan sebagai negeri yang paling terkesan dengan melibatkan 9 daerah, di mana seramai 29,938 mangsa daripada 6,456 keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Di bawah inisiatif #GIVISTACARES, GIVI dengan kerjasama kumpulan media tempatan “CARETA” Malaysia telah menyerahkan sebanyak 200 beg bantuan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti makanan kering, beras, biskut, gula, tuala mandi, lampin bayi, tuala wanita dan pelitup muka kepada mangsa banjir melalui Pejabat Daerah Maran, Pahang.
Disebabkan kekangan Covid-19, bantuan tersebut dihantar terus ke pusat bantuan banjir, di mana pengagihan akan dilakukan kepada semua mangsa banjir mengikut keperluan. Seramai 15 sukarelawan daripada Komuniti GIVISTA, CARETA MEDIA serta enam kenderaan pacuan empat roda telah digunakan dalam misi ini untuk menghantar barangan ke Maran. Perjalanan mengambil masa 8 jam dalam keadaan hujan dan jalan yang berbahaya, ditambah 8 jam lagi untuk perjalanan pulang, menjadikan keseluruhan 16 jam di jalan raya sebelum pasukan tiba di pusat bantuan dan kembali ke Kuala Lumpur.
Kami berharap keadaan banjir di negeri-negeri yang terjejas akan segera pulih, begitu juga dengan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi. Kekal Selamat, Duduk di Rumah..