
8 MEI 2020
Pada hari ke-58 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, GIVI Malaysia melalui inisiatif “Givista Care” telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepada komuniti yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Sumbangan ini memfokuskan kepada keluarga miskin, ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik serta anak-anak yatim. Bersama-sama hadir memberi sokongan ialah “MOTOWAZI” dan “BudakAni” yang turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, telur, dan biskut kepada 17 keluarga kurang bernasib baik di Bukit Canggang, Selangor.
#GIVISTACARE merupakan satu lagi inisiatif yang diwujudkan oleh GIVI Malaysia sebagai tanda keprihatinan kami untuk membantu komuniti dan masyarakat pada waktu sukar, khususnya ketika pandemik COVID-19 ini. Pada masa yang sama, inisiatif ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki serta memupuk keikhlasan dalam membantu orang lain.
Akhir kata, kami berharap sumbangan kecil berupa keperluan harian ini dapat meringankan beban keluarga, khususnya dalam menyambut perayaan Syawal yang bakal tiba. Kami juga berharap agar lebih banyak lagi sumbangan dapat disalurkan pada masa hadapan.