HIMPUNAN MUGA HONDA RS150R

HONDA RS150R MEGA GATHERING

29 SEPTEMBER 2018

Semakin sibuk jadual Red Explorer! Baru-baru ini ia sekali lagi tampil di salah satu himpunan motosikal terbesar, iaitu ‘HONDA RS150R Mega Gathering’. Lebih 5,000 peminat, terutamanya daripada komuniti Honda RS150R, membanjiri acara ini meskipun cuaca panas terik di Bukit Jalil.

Ia merupakan kerjasama yang menarik antara GIVI dan nama-nama besar lain dalam industri dua roda. Sebagai salah satu penaja utama, GIVI berpeluang mendirikan booth di lokasi strategik acara mega ini. Maka tidak hairanlah ribuan pengunjung berpusu-pusu ke bas pameran dan booth kami sepanjang acara berlangsung! Selain aktiviti jualan seperti biasa, kami turut mempamerkan rangkaian produk terbaik daripada pelbagai kategori seperti pakaian hujan, pakaian keselamatan dan aksesori. Jadi, apa yang menjadikannya lebih istimewa kali ini? Seperti biasa, GIVI tidak pernah gagal memberi kejutan kepada pengunjung. Tumpuan utama musim ini sudah tentu kehadiran Mohd Alfishahrin bersama isterinya, yang baru sahaja menjelajah dunia dengan motosikal. Ia adalah satu detik yang membanggakan buat GIVI dan seluruh komuniti penunggang! Dalam pada itu, rakan kerjasama kami, Red Bull Malaysia, turut menghidupkan suasana dengan menyediakan minuman bertenaga kepada para pengunjung.

Secara keseluruhannya, acara ini telah berlangsung dengan begitu berjaya, bukan sahaja untuk penganjur malah juga untuk GIVI. Banyak lagi acara menarik bakal menyusul… jangan lupa semak jadual acara kami di Facebook GIVI Malaysia! Ingat, jangan lupa ‘hashtag’ kami!

#GiviMalaysia #GiviAsia #TheRedExplorer #GiviMotorAccessories #GiviExplorer #GiviPeople