PELANCARAN OPS BERSEPADU & KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA 2023

INTEGRATED OPS LAUNCHING & ROAD SAFETY CAMPAIGN 2023

GIVI telah dijemput sebagai salah satu penaja acara rasmi pada "Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023", yang diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang. Dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (MKJR), acara itu turut disokong oleh agensi kerajaan dan sektor swasta lain termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, PLUS Expressways Berhad, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Petronas, Suzuki, dan Nestle.

Objektif utama program ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan persendirian dan komersial supaya menumpukan perhatian pada pemanduan dan menunggang bagi mengelak sebarang kemalangan di jalan raya memandangkan aliran trafik biasanya tinggi pada musim perayaan.

Pelancaran itu diserikan lagi oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato' Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook. Acara menjadi lebih istimewa lagi kerana semua penunggang memakai HELMET GIVI M30.1 CIELO, yang diserahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya Malaysia semasa majlis pelepasan (flag-off ceremony).

Akhir sekali, GIVI mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia atas kerjasama yang baik dan kami menantikan lebih banyak lagi acara bersama agensi kerajaan untuk mempromosikan produk dan misi GIVI untuk keselamatan dan kesedaran.