JELAJAH KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERKESO

JELAJAH KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERKESO

2 APRIL 2021

Bandar Maharani, Bandar Diraja — yang terkenal sebagai bandar bersejarah di negeri Johor telah menjadi lokasi pertama bagi “Kempen Jelajah Keselamatan Jalan Raya”. Kempen keselamatan ini berlangsung pada 2 April 2021 bertempat di Dewan Jubli Intan, Muar, Johor. Ia merupakan kerjasama kali kedua kami bersama PERKESO, dengan Motowazi dan Pejabat Daerah Muar sebagai rakan penganjur bersama bagi acara ini.

Dengan tagline “Janji SELAMAT Pergi Balik Kerja”, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan penunggang motosikal penghantar makanan, yang telah dikategorikan sebagai Barisan Hadapan sejak bermulanya fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setahun lalu. Di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, iaitu satu inisiatif daripada PERKESO, semua individu bekerja sendiri dalam sektor Pengangkutan Penumpang termasuk teksi, kenderaan e-hailing, dan pemandu bas diwajibkan mencarum di bawah skim ini. Skim ini diperkenalkan bagi melindungi individu yang bekerja sendiri selaras dengan peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Akhir sekali, kami berharap kempen keselamatan ini dapat meningkatkan lagi kesedaran keselamatan dalam kalangan penunggang motosikal, khususnya penunggang penghantar makanan. Sebagai barisan hadapan, amat penting untuk setiap penunggang mematuhi peraturan jalan raya serta sentiasa meningkatkan tahap kesedaran keselamatan diri.