
18 – 25 MAC 2018
Edisi ke-23 acara berprestij berbasikal di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi, telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di Dataran Merdeka pada 25 Mac. Perlumbaan mencabar yang merangkumi 8 peringkat ini bermula dengan Team Presentation di Langkawi pada 16 Mac, diikuti peringkat pertama yang dilepaskan di Kangar, Perlis pada 18 Mac. Acara ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan penganjuran dikendalikan oleh Ciclista Sports Sdn Bhd yang berpengalaman.
Buat pertama kalinya dalam sejarah, GIVI terlibat sebagai penaja kejohanan dengan peranan sebagai Official Motorbike Helmet. Kami telah membekalkan helmet popular kami, M30.3 D-Visor, untuk digunakan oleh konvoi motor yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), marshall jalan raya dan kru media. Dengan perjalanan jauh serta pelbagai keadaan cuaca sepanjang kejohanan, helmet GIVI telah memberikan perlindungan yang diperlukan
keselesaan dan yang paling penting sekali, keselamatan kepada semua penggunanya.
GIVI juga menyokong acara sampingan dengan menyertai perarakan cavalcade yang biasanya berlangsung setengah jam lebih awal daripada kumpulan pelumba. Di sini, jenama GIVI turut diserlahkan oleh National FM (sebagai radio rasmi) di setiap hentian sepanjang peringkat perlumbaan, di samping kami mengedarkan pelbagai cenderahati kepada peminat bertuah.
Secara keseluruhannya, penajaan dan usaha penjenamaan dalam acara berprestij seperti Le Tour de Langkawi 2018 ini telah memberi banyak manfaat. Kami berharap dapat kembali menjadi sebahagian daripada kejohanan ini pada tahun 2019!