
23 – 25 MAC 2018
Buat julung kalinya, Malaysia Bike Week telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang pada hujung minggu 23 – 25 Mac. Digelar sebagai ‘ibu segala pesta motosikal’, acara selama 3 hari ini berjaya menarik lebih 350,000 pengunjung yang hadir menikmati suasana karnival seperti yang dijanjikan penganjur, GPMoto.
Festival berskala besar ini turut menampilkan konsert malam Jumaat dan Sabtu bersama artis tempatan terkenal seperti Awie, Ramli Sarip dan Ella. Satu lagi tarikan utama ialah pameran kenderaan milik DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Tuanku Sultan Johor turut menerima helmet GIVI X.01 Tourer Yellow Fluo sebagai cenderamata selepas perasmian acara. Helmet tajaan GIVI ini telah disampaikan kepada Baginda Sultan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi selepas ucapan perasmian.
Sebagai nama besar dalam industri motosikal, GIVI juga membawa bas pameran kami sebagai sebahagian daripada penajaan. Bersama rakan kerjasama minuman rasmi sepanjang tahun, Red Bull, kawasan pameran kami menjadi antara tarikan utama pengunjung.
Tidak lama lagi, bas Red Explorer akan memulakan Southern Tour Dealer Service Campaign selama dua minggu bersempena Pusingan 1 Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung di Tangkak, Johor pada 1 April. Buat warga Selatan, nantikan kehadiran kami di jalanan! Lihat jadual jelajah penuh di Facebook GIVI Malaysia.
Jumpa di sana!!