
21-22 JULAI 2018
Bandar Bersejarah Melaka telah dipilih sebagai lokasi Pusingan ke-3 Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2018. Berlangsung di Taman Jasin Bistari, Melaka pada 21–22 Julai 2018, lebih 5,000 penonton hadir memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.
Untuk pusingan kali ini, selain mempamerkan produk GIVI seperti baju hujan, kotak motosikal dan t-shirt, kami juga menjual helmet edisi terhad Yuzy Racing daripada pusingan sebelumnya. Lebih istimewa lagi, Petronas turut mempersembahkan helmet edisi terhad GIVI M50.2 TURISMO sebagai hadiah cabutan bertuah. Kehadiran kumpulan motosikal Honda RS150 Melaka Chapter dengan livery logo GIVI turut menambahkan tarikan ke bas pameran kami, The Red Explorer.
Di litar, pasukan Yuzy Racing masih giat mencari penyelesaian terbaik untuk mesin mereka bagi menyaingi kekuatan Yamaha. Yuzy berjanji akan memanfaatkan sepenuhnya kelengkapan dan sumber pada tahun ini agar lebih kompetitif dalam perlumbaan yang mendatang.
Kami berharap pusingan seterusnya Cubprix di Temerloh, Pahang akan membawa tuah yang lebih baik!
Jumpa anda di sana!!!!