
31 OGOS-2 SEPTEMBER 2018
Teluk Intan – bandar ketiga terbesar di negeri Perak telah menjadi lokasi bagi Pusingan ke-5 Malaysian Cubprix 2018. Acara ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 2 September di Mini Stadium Teluk Intan. Hampir 10,000 pengunjung membanjiri sambutan kali ini! Kami memanggilnya sebagai perayaan kerana acara ini berlangsung serentak dengan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-61! Semangat patriotisme jelas terpancar dalam kalangan penonton di Teluk Intan!
The Red Explorer turut bersama kami pada pusingan ke-5 ini. Suasana Merdeka menjadi lebih meriah dengan ‘Merdeka Promotion’ untuk barangan GIVI seperti beg lembut premium, helmet, jaket Blackjack dan t-shirt GIVI. Promosi ini benar-benar memberi peluang terbaik kepada pengguna untuk mendapatkan produk GIVI pada harga lebih rendah namun dengan kualiti yang sama hebat. Hanya tinggal beberapa unit sahaja untuk acara seterusnya! Lebih istimewa, pelanggan turut diberi peluang emas untuk mendapat kan tandatangan daripada bekas pelumba merangkap Pengurus Pasukan Yuzy, Encik Shahrol Yuzy, dengan setiap pembelian helmet edisi terhad GIVI; Yuzy Racing Helmet.
Dalam pada itu, terdapat banyak peningkatan di trek perlumbaan. Pasukan Yuzy masih mencari rentak terbaik untuk menewaskan cabaran hebat daripada Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing. Teruskan usaha anak-anak muda, suatu hari nanti podium pasti milik anda! Mari kita bangkit dan bersinar di pusingan seterusnya Cubprix di Kangar, Perlis pada 22 September! GIVI menanti anda di sana. Bon Voyage!