PUSINGAN KE-6 CUBPRIX MALAYSIA

MALAYSIAN CUBPRIX ROUND 6

22-23 SEPTEMBER 2018

Ikon GIVI – The Red Explorer terus membawa peranannya sebagai duta jenama GIVI! Kali ini lokasinya di Kangar, Perlis sempena Kejohanan Petronas AAM Malaysian Cubprix; Pusingan 6. Acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Perlis dari 22 hingga 23 September ini berjaya menarik jumlah penonton yang luar biasa – dengan kehadiran dianggarkan melebihi 4,000 orang!

Lokasi strategik berhampiran pintu masuk benar-benar memberi kelebihan kepada bas pameran kami untuk menjadi tumpuan utama pengunjung. Ramai yang terpesona dan mengaguminya! Seperti biasa, musim Malaysian Cubprix tidak lengkap tanpa aktiviti jualan kami. Beberapa produk ‘best seller’ seperti jaket tunggangan, baju hujan dan helmet berjaya dijual pada harga istimewa. Hadiah percuma seperti rantai kunci dan pelekat juga diberikan kepada pengunjung yang singgah ke booth kami. Lebih menarik, kehadiran mengejut kumpulan penunggang Honda RS150R berjaya menarik lebih ramai pengunjung untuk memeriahkan Cubprix kali ini! Sokongan daripada peminat utara benar-benar menakjubkan!

Sementara itu, bagi pasukan Yuzy sendiri, tiada yang lebih istimewa selain momen bersejarah bergambar bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuan Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail. Ia menjadi saat penuh keberkatan dan kenangan yang sukar dilupakan, meskipun pasukan tidak berjaya melangkah lebih jauh di litar. Mereka telah memberikan yang terbaik walaupun beraksi dalam hujan lebat di Kangar. Tidak mengapa, semoga ada rezeki yang lebih baik pada perlumbaan akan datang. Hingga itu, nantikan kemas kini seterusnya dari Kuala Terengganu!