
5-6 OKTOBER 2018
Litar perlumbaan di Pantai Timur, Kuala Terengganu telah menjadi pentas podium bagi Pusingan ke-7 Kejohanan Petronas AAM Malaysian Cubprix! Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu dipenuhi dengan semangat kesukanan dari 5 hingga 6 Oktober. Kejohanan ini terus menjadi kegemaran di hati para peminat sukan. Ia terbukti dengan kehadiran sehingga 5,000 pengunjung yang membanjiri arena ini walaupun cuaca panas terik.
Pesona The Red Explorer jelas berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke booth GIVI. Kini bukan lagi sekadar impian bagi peminat tegar GIVI beramah mesra bersama kru GIVI. Ramai yang singgah untuk merakam gambar kenangan serta berbual tentang produk terkini kami. Inilah cara kami mendekati pelanggan. Ada juga yang mengambil peluang untuk mendapatkan produk kegemaran mereka pada tawaran hebat, sekali gus menjimatkan perbelanjaan mereka!
Pasukan Yuzy masih berjuang hebat bersama pelumba lain. Kejohanan ini sememangnya satu cabaran yang memerlukan lebih banyak latihan dan usaha keras untuk mencapai kemenangan. Kami doakan kejayaan itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Jumpa lagi pada musim seterusnya!