Pusingan 8 Cubprix Malaysia

Malaysian Cubprix Round 8

27-28 OKTOBER 2018

Kejohanan Malaysian AAM Cubprix Pusingan 8 telah berlangsung dengan penuh meriah di Batu Kawan, Pulau Pinang. Terletak sejauh 285KM dari Bukit Beruntung, ini merupakan perjalanan terpanjang GIVI untuk siri Cubprix Malaysia. Pusingan kali ini diadakan di Stadium Batu Kawan dengan kehadiran kira-kira 4,000 pengunjung dan peminat motosikal yang hadir memberi sokongan kepada pelumba kegemaran mereka.

Pada pusingan ini, booth GIVI didirikan di pintu masuk utama, menjadikannya lokasi strategik yang mudah menarik perhatian pengunjung. Pelbagai produk berjaya dijual termasuk helmet perlumbaan GIVI Yuzy, beg pinggang, beg galas dan baju hujan. Tambahan pula, GIVI turut menerima sokongan istimewa daripada sekumpulan penunggang Honda RS150R Pulau Pinang yang sempat merakam kenangan manis bersama GIVI!

Secara keseluruhannya, meskipun musim hujan melanda, Pusingan 8 Cubprix Malaysia di Batu Kawan tetap mempunyai daya tarikan tersendiri yang berjaya mencetuskan semangat ramai pengunjung untuk hadir dan menunjukkan sokongan mereka terhadap kejuaraan motosikal ini.

Mari kita gegarkan pula Pusingan 9 Cubprix di Jempol, Negeri Sembilan! Jumpa di sana!