Pusingan 9 Cubprix Malaysia

Malaysian Cubprix Round 9

17-18 NOVEMBER 2018

Kami Menang Podium!

Jempol, Negeri Sembilan ternyata menjadi litar bertuah buat #20 Azroy Anuar, pelumba terbaik kami yang berjaya meraih tempat ke-3 (P3) dalam perlumbaan akhir kategori CP150, Malaysian Cubprix Pusingan 9. Pencapaian ini membawa kegembiraan dan kebanggaan yang besar buat pasukan Yuzy Racing, serta GIVI juga! Bermula dari petak ke-8 (P8), #20 Azroy sendiri tidak menyangka bahawa Pusingan 9 ini akan menjadi perlumbaan penuh kenangan buat dirinya. Tahniah, Azroy!

Selain itu, GIVI juga membuka booth seperti biasa dengan mempamerkan produk eksklusif kami seperti helmet, baju hujan dan top box. Beberapa produk berjaya dijual termasuk T-Shirt LCR GIVI serta barangan berjenama lain.

Walaupun pusingan ke-9 bukanlah perlumbaan yang mudah, namun para pelumba tetap berjaya mencipta rekod baharu untuk tahun ini. Pertarungan sengit akhirnya membuahkan hasil buat pasukan Yuzy Racing. Syabas buat ‘young bloods’, teruskan momentum ini dan kami nantikan lebih banyak kejutan luar biasa pada pusingan terakhir Malaysian Cubprix, Pusingan 10 di Johor pada 15–16 Disember nanti!