Grand Prix Motosikal Malaysia 2018

Malaysian Motorcycle Grand Prix 2018

2-4 NOVEMBER 2018

Kami kembali lagi untuk MotoGP 2018!

Dengan formasi baharu para peminat tegar GIVI, kami telah memperkenalkan komuniti ‘GIVISTA’ untuk Konvoi MotoGP 2018! Seramai kira-kira 200 GIVISTA telah mengambil bahagian dalam konvoi musim ini yang bermula di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Konvoi tahun ini dibuka khas untuk penunggang yang menggunakan GIVI TOPCASE. Seperti tradisi tahunan, Konvoi MotoGP GIVISTA 2018 turut diiringi oleh Polis Trafik Kuala Lumpur sehingga ke Litar Antarabangsa Sepang. Tahun ini lebih bermakna apabila kami berbesar hati menerima kehadiran Pengarah Urusan kami, Encik On dan isteri beliau untuk melepaskan konvoi bersama wakil dari Muzium Negara. Para peserta turut menerima tiket main grandstand dan aksesori eksklusif GIVI sebagai tanda penghargaan! Tidak dilupakan juga sokongan daripada Castrol yang menyediakan hadiah istimewa kepada semua peserta konvoi.

Di Sepang, booth GIVI ditempatkan betul-betul di sebelah welcome centre, menjadikannya tarikan utama berbanding yang lain. Kehadiran ‘promo girl’ turut menceriakan suasana sepanjang tiga hari acara berlangsung. Tahun ini, orang ramai benar-benar teruja dengan koleksi produk pameran dan jualan kami. Di booth, pelbagai permainan menarik dengan hadiah menanti pemenang bertuah turut disediakan. Lebih istimewa lagi tahun ini, kami membawakan pemenang GIVISTA CHALLENGE iaitu pasangan bapa dan anak yang menjuarai Photo Creative Contest 2018 di Facebook untuk menikmati pengalaman istimewa Paddock Tour! Hebat, bukan?

Akhir kata, GIVI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atas penglibatan dan dedikasi menjayakan acara mega ini. Jumpa lagi di Malaysian Motorcycle Grand Prix 2019!