
20 DISEMBER 2020
Kembali atas permintaan ramai, GIVI meneruskan jelajah kursus keselamatan menunggang bersama MOTOWAZI di Bandaraya Bersejarah Melaka. Kali ini, seramai 40 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Negeri Sembilan, Johor Bahru dan Pulau Pinang berpusu-pusu untuk mendaftarkan diri mereka, malah pendaftaran hanya mengambil masa sejam selepas pengumuman dibuat di platform Komuniti Givista.
Menunggang motosikal dengan selamat memerlukan keseimbangan, koordinasi dan pertimbangan yang baik. Objektif utama program ini adalah meningkatkan kesedaran keselamatan serta kepentingan kemahiran dan pengetahuan tersebut untuk digunakan dalam situasi kehidupan sebenar. Kempen ini telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada komuniti serta pujian daripada pihak berkuasa tempatan, dan seperti dijangka ia akan diteruskan dari negeri ke negeri.
Jadi, destinasi seterusnya ke mana? Johor lah jawabnya! Nantikan..!