MEGA RIDE & CAMP 2019

MEGA RIDE & CAMP 2019

4 – 6 OKTOBER 2019

GIVI Mega Ride and Camp’ telah berlangsung dengan penuh jayanya hujung minggu lalu di Lata Lembik, Raub, Pahang. Program Ride and Camp ini berlangsung selama tiga hari dua malam bermula dari 4 hingga 6 Oktober 2019 dengan penyertaan seramai 60 peserta berdaftar, merangkumi pelbagai jenama motosikal dan kapasiti enjin yang berbeza.

Majlis pelepasan konvoi telah diadakan di GIVI Asia, Bukit Beruntung dan disempurnakan sendiri oleh Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee. Hidangan ringan turut disajikan semasa proses pendaftaran, disertai dengan taklimat keselamatan daripada Marshall GIVI serta ucapan daripada Ketua Pemasaran GIVI Asia, Encik Samir Sharman.  Konvoi kali ini menempuh jarak sejauh 328km dengan cuaca yang cukup baik — kebanyakan perjalanan berlangsung dalam keadaan cerah dan menyenangkan tanpa panas terik. Sepanjang perjalanan, kereta pengiring GIVI turut menyediakan snek, minuman serta tuala muka sejuk yang boleh dibawa pulang oleh peserta sebagai hadiah, selain pek cenderahati semasa pendaftaran yang mengandungi T-shirt, lencana butang, pelekat dan pelbagai barangan eksklusif lain.

(Hari 1) Setibanya di Lata Lembik pada jam 6.30 petang, para peserta disambut dengan pengalaman eksklusif berjenama GIVI di lokasi perkhemahan yang menakjubkan di tepi sungai! Mereka mula mendirikan khemah masing-masing sebelum menikmati masa santai yang amat berbaloi di tengah keindahan alam semula jadi. Malah, sebuah pawagam terbuka turut disediakan untuk peserta yang ingin berhibur hingga lewat malam.

(Hari 2) Pagi bermula kira-kira jam 7 pagi dengan hidangan masakan tradisional Melayu” Nasi Lemak dan Kopi O” dihidangkan kepada mereka yang sudah bangun… ia adalah sebagai tanda 
persediaan untuk sesi ‘Trail Clinic’ bersama Remy Buragas dari Pangkolo Riders kerana mereka perlu bertenaga. Klinik ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran mengendalikan motosikal di laluan ringan serta keadaan basah di luar jalan berturap. Kebanyakan peserta begitu teruja kerana inilah kali pertama mereka merasai pengalaman latihan laluan mencabar di dalam hutan.

Selepas sesi trail clinic, makan tengah hari disediakan oleh 4 trak makanan dengan pelbagai pilihan hidangan. Malah, kakitangan GIVI sendiri turut menyediakan BBQ yang diperap istimewa menggunakan ramuan tradisi dan resipi rahsia oleh Sam. Suasana santai menjelang malam semakin meriah dengan persembahan buskers tempatan. Kemuncak malam tersebut adalah sesi perkongsian pengalaman daripada duta komuniti Givista dan duta jenama GIVI, yang menceritakan kisah pengembaraan serta kenangan manis mereka. Acara diakhiri dengan pelancaran Koleksi Terbaru Helmet GIVI Vista, yang dipersembahkan oleh Ketua Pemasaran GIVI Asia, Encik Samir Sharman dan dirasmikan oleh Duta Jenama GIVI sendiri, Anita Yusoff.

Mega Ride and Camp 2019 sekali lagi membuktikan usaha kami untuk lebih dekat dengan komuniti Givista. Kami berharap tahun hadapan Mega Ride and Camp akan menjadi lebih besar dan lebih hebat! Hingga berjumpa lagi di pengembaraan seterusnya!