
13 – 14 APRIL 2019
Perhimpunan Besar Retromania!
Lebih 40,000 peminat motosikal telah membanjiri Retromania 7.0 di Dataran Morib, yang merupakan himpunan terbesar pengumpul dan pencinta mesin retro pelbagai jenis. Walaupun cuaca panas dan lembap, acara yang berlangsung pada 13 & 14 April 2019 ini sekali lagi berjaya menarik perhatian orang ramai serta secara rasmi mengekalkan gelarannya sebagai perhimpunan mesin retro terbesar di rantau ini.
Sebagai penaja acara, GIVI telah memeriahkan Retromania dengan kehadiran bas pamerannya, The Red Explorer. Sepanjang acara, kami telah ditempatkan di lokasi paling strategik sehingga berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Peminat motosikal retro tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengenali lebih lanjut produk GIVI yang dipamerkan, termasuk tawaran dan perkhidmatan kami. Malah, Retro E20N Monolock Topcase yang sangat popular habis terjual dalam tempoh hanya dua jam pertama!
Duta Jenama GIVI, Anita Yusof, turut membuat penampilan istimewa di booth kami dan meluangkan masa berharga bersama para peminatnya. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan buku terbarunya; Global Dream Ride Series Two. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada rakan kerjasama kami, Red Bull dan GoPro, yang menjadikan aktivasi bersama pelanggan lebih menarik dan bermakna. Nantikan kemunculan The Red Explorer seterusnya di acara besar kami iaitu Serlahkan Kehebatan 11.0 di Muar, Johor pada 20 April ini.
Jumpa anda di sana!!!!