
12-13 OKTOBER 2018
Pada 12 hingga 13 Oktober yang lalu, Plaza Angsana Johor Bahru dibanjiri ribuan peminat motosikal yang hadir ke acara ‘Serlahkan Kehebatan 10.0 (SK10)’. Ini merupakan kerjasama kali kedua GIVI bersama penganjur, dan sekali lagi terbukti sebagai sebuah kejayaan besar.
The Red Explorer membuat penampilan istimewa dan berjaya memukau pengunjung dengan kehadirannya yang begitu mengagumkan. Produk-produk GIVI turut dipamerkan dengan menarik termasuk baju hujan, helmet, top case dan pelbagai lagi.
Bagi menambahkan lagi keterujaan, pengunjung menerima hadiah istimewa melalui sesi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang acara. Walaupun acara ini berfokus kepada segmen motosikal kecil, sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 30,000 pengunjung benar-benar mengagumkan. Tidak kira apa jenis motosikal yang digunakan, jelas terbukti GIVI kekal menjadi pilihan utama di hati para pencinta dua roda.
Secara keseluruhannya, ‘Serlahkan Kehebatan 10.0 (SK10)’ benar-benar ‘hebat’ dan GIVI berbangga menjadi salah satu jenama utama dalam acara berskala besar ini. Kami tidak sabar menantikan penganjuran seterusnya, malah lebih banyak acara sebegini di masa akan datang!