
20 APRIL 2019
Ikon GIVI – The Red Explorer sekali lagi memulakan perjalanannya! Kali ini ke Muar, Johor bagi salah satu acara dua roda yang paling dinantikan iaitu ‘Serlahkan Kehebatan 11.0’ atau lebih dikenali sebagai ‘SK’. Kehadiran pengunjung kebanyakannya terdiri daripada penunggang motosikal berkapasiti rendah (cc). Namun, acara ini berjaya mencatat rekod luar biasa dengan kehadiran lebih 50,000 orang!
Kehadiran kami di SK11 adalah sebagai tanda sokongan penuh terhadap acara ini dan komuniti motosikal tempatan. GIVI Asia bertindak sebagai penaja acara di samping memberikan pendedahan tentang produk GIVI seperti baju hujan, helmet dan top box. Kami juga mempromosikan maklumat keselamatan berkaitan produk dalam katalog kami, bagi mendidik pengguna tentang kepentingan memilih rangkaian produk yang tepat mengikut keperluan tunggangan mereka.
Seiringan dengan tu, rakan kerjasama kami, Red Bull Malaysia, turut menambah kemeriahan acara ini dengan menyediakan minuman bertenaga mereka kepada para peserta melalui sesi sampel percuma. Terima kasih Red Bull atas sokongan besar yang diberikan sepanjang tahun ini. Mereka juga akan bersama kami sekali lagi di Northern Bike Week 2019 di Pulau Pinang pada 27 – 28 April nanti. Jangan lepaskan peluang ini!
Jumpa anda di sana!