
27 – 29 OKTOBER 2018
Pertunjukan terhebat dunia, MOTOGP, telah melabuhkan tirainya dengan salah satu pusingan terbaik musim ini di Sepang. Dengan cuaca unik negara kita, persaingan di litar benar-benar menghiburkan. Banyak insiden menarik tercatat. Pelumba Malaysia menunjukkan prestasi membanggakan. Namun, pelumba LCR kami, Cal Crutchlow, berdepan kesukaran akibat masalah tayar. Apa pun, para peminat tetap puas dengan aksi yang dipersembahkan.
Bagi kami di GIVI, pengalaman kali ini sungguh menyeronokkan kerana MOTOGP merupakan acara terbesar dalam kalendar kami. Seperti biasa pada hari terakhir, kami memulakan dengan konvoi tahunan MOTOGP ke Sepang. Tahun ini, lokasi flag-off ditukar ke persekitaran indah Menara KL di Bukit Nenas. Hampir 200 penunggang, semuanya dilengkapi dengan top case terbaru kami, B32 Bold, dilepaskan pada jam 8.30 pagi terus ke Litar Sepang. Lebih istimewa, acara ini turut disertai oleh pelanggan dan pengedar dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Jepun.
Suasana di kawasan pusat memberli-belah welcome centre Litar Sepang begitu meriah apabila ratusan ribu peminat MOTOGP berkumpul di trek bertaraf dunia ini untuk menyaksikan perlumbaan. Cal Crutchlow turut hadir bertemu peminat di booth kami pada hari kelayakan. Kami juga menampilkan Anita Yusof yang mempromosikan buku terbarunya Global Dream Ride pada hari perlumbaan. Booth jualan barangan kami turut mendapat sambutan hangat kerana kami memberikan tabung syiling percuma kepada ribuan pengunjung – syaratnya hanya perlu menjadi peminat laman Facebook atau Instagram GIVI.
Tiga hari ini pastinya akan dikenang sebagai acara paling hebat bagi kami pada tahun 2017. Kami berharap dapat melakukan yang lebih baik lagi pada tahun hadapan apabila Sepang MOTOGP kembali berlangsung!!