GRAND PRIX MOTOSIKAL MALAYSIA SHELL 2019

SHELL MALAYSIA MOTORCYCLE GRAND PRIX 2019

1 – 3 NOVEMBER 2019

Pada hari Ahad yang cerah dengan langit biru yang terbentang indah, GIVI meneruskan tradisi lamanya ‘Konvoi MotoGP’ dengan cara tersendiri yang begitu istimewa.

Tahun ini genap 25 tahun kelahiran Givi di Asia, justeru bagi memeriahkan sambutan istimewa ini, konvoi tahun ini telah dilepaskan dari ibu pejabat kami di Bukit Beruntung. Hampir 100 peserta mengambil bahagian. Para peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dengan jenama motosikal dan kapasiti enjin yang berbeza. Acara menjadi lebih bermakna apabila kami melancarkan model kotak baharu sempena MotoGP tahun ini iaitu MONOLOCK TOPCASE B360 Edisi Terhad yang menjadikan motosikal peserta kelihatan lebih bergaya dan menonjol!Para peserta turut menikmati pengalaman hebat dengan ganjaran tiket grandstand, beg eksklusif serta minyak enjin daripada GIVI dan rakan penaja kami, Castrol.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Givi Asia, En. On Hai Swee dan Pengerusi Givi Asia yang dihormati, En. On Thiam Chai. Konvoi ini diketuai dengan penuh bangga oleh Pengarah Operasi Antarabangsa kami, Encik Joseph Perucca. Turut sama memeriahkan perjalanan ke Litar Antarabangsa Sepang ialah ‘iron lady’ yang juga duta jenama GIVI, Puan Anita Yusof.                    Seperti tradisi, konvoi ini tidak akan lengkap tanpa kawalan rasmi daripada Polis Trafik KL yang mengiringi perjalanan sepanjang acara.

Sementara itu di Sepang, booth GIVI sekali lagi berada di lokasi strategik di pintu masuk utama dengan binaan dua tingkat yang megah. Tingkat atasnya menempatkan ruang VIP yang direka khas untuk tetamu kami dari dalam dan luar negara sepanjang 3 hari acara berlangsung. Kami turut mempersembahkan pelbagahi produk baharu GIVI termasuklah helmet terkini, M10.2 VISTA. Sambutan jualan amat menggalakkan, membuktikan GIVI terus menjadi pilihan utama penunggang dua roda. Suasana bertambah meriah ketika sesi ‘Meet & Greet’ bersama Cal Crutchlow (LCR HONDA), yang disambut penuh keterujaan oleh para peminat. Panasnya cuaca seakan tidak mengalahkan kehangatan semangat penyokong GIVI. Kami benar-benar menghargai sokongan dan kasih sayang anda terhadap jenama kami.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan tajaan kami, Ducati, serta pelumba mereka Andrea Dovizioso atas kejayaan meraih podium tempat ke-3 di MotoGP Malaysia 2019! Semoga semangat kesukanan ini terus diraikan dan disemarakkan pada tahun-tahun akan datang.