
17-19 OGOS 2018
The Red Explorer telah mencipta kenangan manis di Singapura! Baru-baru ini ia membuat penampilan istimewa di Singapore Bike Show 2018. Acara yang memasuki edisi ketiga musim ini berlangsung selama tiga hari di Singapore Expo Hall. Lebih 50,000 pengunjung daripada komuniti bikers membanjiri pameran ini. Ia merupakan sebuah platform yang menakjubkan dengan kira-kira 100 jenama terkenal seperti Triumph, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi mengambil peluang emas untuk mempamerkan produk masing-masing, dan GIVI turut berdiri sebaris dengan nama-nama besar tersebut!
Tidak dinafikan, bas pameran kami The Red Explorer mempunyai tarikannya yang tersendiri dengan barangan pameran yang dipilih rapi. Antara produk terlaris di pasaran adalah motosikal pameran, kotak dan helmet, turut dipersembahkan dalam ekspo ini. Sebagai tanda penghargaan, GIVI juga menawarkan diskaun 25% untuk semua aksesori, dan sambutan yang diterima amat luar biasa! Secara keseluruhan, ia merupakan perjalanan tiga hari yang penuh pengalaman hebat buat kami menjadi sebahagian daripada Singapore Bike Show 2018.
Kami pastinya tidak sabar untuk terus bekerjasama dalam siri bike show akan datang dengan barisan produk lebih menarik buat peminat motosikal di Singapura! Jumpa lagi tidak lama lagi!!