SIARAN LANGSUNG MOTOGP MOTOGP SEPANYOL

SPANISH MOTOGP BIG SCREEN LIVE VIEWING

06 MEI 2018

Buat julung kalinya, GIVI menganjurkan MotoGP Live Viewing dan sambutannya sungguh luar biasa daripada para peminat perlumbaan. Acara ini berlangsung di satu-satunya hotel bertemakan sukan permotoran di negara ini, Hype Motorsports Hotel, Kuala Lumpur. Lebih 150 penunggang motosikal hadir memberikan sokongan.

Pada awalnya, harapan tinggi diletakkan apabila pelumba kami #35 Cal Crutchlow bermula di pole position. Namun malangnya, Crutchlow terjatuh di awal perlumbaan. Walau begitu, sorakan tetap bergema buat wira tempatan, #55 Hafiz Syahrin dari pasukan Monster Tech3. Lebih istimewa, bapa beliau, Encik Abdullah Haron turut meluangkan masa bersama kami di majlis ini. Hafiz menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16, satu pencapaian yang terpuji selepas bermula di petak ke-22 dengan keadaan masih cedera akibat latihan basikal minggu sebelumnya.

Dengan sokongan padu daripada rakan kongsi tetap kami, Red Bull dan Castrol, acara ini lebih meriah dengan hadiah goodies, cabutan bertuah dan senyuman puas hati dari semua yang hadir. Ramai yang mahukan lebih banyak acara sebegini. Kami berharap dapat bertemu anda lagi di MotoGP Live Viewing untuk perlumbaan seterusnya!!