
9 DISEMBER 2020
Merasai kepelbagaian budaya dan menjelajah bersama adalah satu minat yang dikongsi pasangan hebat ini, Dave McDermid dan Shima Sidek. Setelah 25 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan penunggang motosikal dari Australia dan Malaysia ini telah menghabiskan sebahagian besar hidup mereka mengembara ke seluruh dunia dengan motosikal. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, mereka telah merentas Asia secara meluas, meliputi lebih 120 ribu kilometer di negara-negara seperti Laos, Kemboja, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, dan Iran. Untuk tahun 2021, mereka membuat keputusan untuk meneruskan pengembaraan baharu dengan "Pengembaraan Afrika"
Pengembaraan ini akan bermula di Morocco, Tangiers dan diteruskan menyusuri persisiran pantai melalui Sahara Barat, Mauritania, Senegal, Guinea, Côte d Ivoire sebelum menyeberang ke Nigeria ddan bergerak ke selatan merentasi pelbagai negara hingga ke Afrika Selatan. Selepas berehat seketika, mereka akan menyambung perjalanan di pantai timur menuju ke utara sejauh Sudan. “Shima adalah teman perjalanan yang sempurna. Dalam terik panas, sejuk, hujan monsun, salji, ais, ribut pasir yang menyesakkan nafas, dan lumpur, dia tidak pernah merungut. Kami berdua mahu lebih lagi! Hidup di jalan raya, memang tiada yang sebanding dengannya!” kata Dave.
Barangan tajaan dan pemasangan produk seperti jaket, sut hujan, helmet, top box, serta aksesori GIVI yang lain telah diserahkan kepada Dave dan Shima sebagai tanda sokongan kami. Kami di GIVI mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga perjalanan mereka yang akan datang dipenuhi keselamatan!
#GIVI #GIVIEXPLORER #GIVIEXPLOREENJOY