
17-25 SEPTEMBER 2018
Dari 17 hingga 25 September, The Red Explorer sekali lagi mencuri tumpuan apabila ia telah menggegarkan negeri-negeri utara Malaysia menerusi ‘GIVI Service Campaign Northern Tour 6.0’! Dalam tempoh singkat ini, ia berjaya menawan tiga bandar utama – Kangar, Sungai Petani dan Alor Setar. Jadi, apa sebenarnya kempen ini? Fokus utama tidak lain tidak bukan adalah aktiviti after sales service.
Sejak sekian lama, GIVI sentiasa mengutamakan pelanggan di barisan hadapan, di samping mengekalkan tahap kualiti dan standard yang tinggi. Justeru, kempen seperti ini menjadi tonggak penting buat pasukan kami untuk mendekati pelanggan dengan lebih rapat. Para pelanggan setia turut mengambil peluang ini untuk mendapatkan pemeriksaan percuma pada kotak dan rak motosikal mereka, Sesuatu yang pastinya dapat mengurangkan beban kewangan pengguna GIVI. Selain itu, pakar teknikal kami juga menawarkan penukaran alat ganti tertentu seperti kunci dan engsel. Sebagai tanda penghargaan, cenderahati turut diberikan kepada pelanggan setia kami.
Butiran Kempen Northern Tour 6.0:
1) SIN THYE CHENG & TRADING, KEDAH – ISNIN (17 SEPTEMBER)
2) THYE SENG MOTOR, KEDAH – SELASA (18 SEPTEMBER)
3) BAN CHU HIN MOTOR, KEDAH – RABU (19 SEPTEMBER)
4) AKSESORI SHENG EIK, KANGAR – KHAMIS (20 SEPTEMBER)
5) BENGKEL CHIN HIN, KEDAH – ISNIN (24 SEPTEMBER)
6) HUP SAN MOTOR, KEDAH – SELASA (25 SEPTEMBER)