
27 MAC – 07 APRIL 2018
Bas pameran kami, The Red Explorer, telah berjaya melengkapkan apa yang boleh dianggap sebagai kempen servis jelajah pertama GIVI Malaysia. Bas pameran yang memuatkan pelbagai produk GIVI untuk acara luar ini telah dibawa ke beberapa lokasi di negeri Johor dan satu lokasi di Melaka bagi siri pertama jelajah ini.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendidik serta menghargai para pelanggan dan pengguna setia kami, kami telah melancarkan Box Service Campaign. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah penukaran komponen (seperti kunci dan engsel), pelinciran, penukaran pelapik getah, penukaran getah dalaman, pemeriksaan rak & bracket serta pembersihan menyeluruh termasuk baik pulih bahagian luar.
Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh jelajah yang telah kami selesaikan:-
1) GIVI Point Johor Bahru – Selasa (27 Mac)
2) SML Motorcycle Sdn Bhd, Gelang Patah – Rabu (28 Mac)
3) Hong Chen Motor, Simpang Renggam – Khamis (29 Mac)
4) Cub Prix, Tangkak – Sabtu & Ahad (31 Apr – 1 Apr)
5) Joo Heng Motor, Tangkak – Selasa (03 Apr)
6) Kok Hwa Motor Sdn Bhd, Muar – Rabu (04 Apr)
7) Akarjaya Motor Batu Pahat, Parit Jaya – Khamis (05 Apr)
8) Hong Cheng Motor, Pontian – Jumaat (06 Apr)
9) Zong Heng Motor, Melaka – Sabtu (07 Apr)
Dengan membawa motosikal dan kotak mereka untuk diservis, para pengguna turut menerima goodies istimewa termasuk rantai kunci GIVI, pelekat, tabung syiling serta minuman tenaga Red Bull. Bagi pembelian melebihi jumlah tertentu, jaket ringan hoodie GIVI (RJ12) turut diberikan secara percuma. Ramai peminat dan pengguna singgah ke lokasi kami semata-mata untuk mengenali jenama dan produk GIVI dengan lebih dekat.
Hasilnya, kami menerima banyak permintaan melalui media sosial agar The Red Explorer hadir ke bandar mereka pula. Pada masa akan datang, kami juga merancang untuk menambah perkhidmatan helmet sebagai sebahagian daripada kempen ini.
Jumpa lagi wahai bikers di jelajah kami yang seterusnya!!